IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 15 July 2016 01:12

MINGGU PARADIGMA IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
MINGGU PARADIGMA IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2016


Bandar Penawar, 11 - 14 Julai 2016 – Satu Program Minggu Paradigma IKBN Sesi 2/2016 telah diadakan pada 11 hingga 14 Julai baru-baru ini bagi memberi pendedahan am kepada 55 orang pelajar baru kemasukan sesi 2/2016 mengenai Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar. Program ini merupakan program yang wajib disertai oleh semua pelajar yang baru mendaftar pada setiap sesi.


Pengisian program ini memfokuskan kepada taklimat mengenai disiplin dan rutin harian pelajar di IKBN Bandar Penawar, taklimat dari Bahagian Kemahiran, sesi “ice-breaking”, “Penawar Explorace” dan pelbagai lagi aktiviti yang bertujuan untuk memupuk disiplin, semangat kerjasama dan menyediakan pengetahuan asas kepada para pelajar baru mengenai Institut Kemahiran Belia Negara.


Program ini telah berlansung di beberapa lokasi dalam IKBN Bandar Penawar seperti Dewan Serbaguna, Pusat Sumber dan kawasan riadah IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan, pengajar dari beberapa jabatan serta beberapa orang pelajar senior IKBN Bandar Penawar. Majlis Penutup telah diadakan pada 14 Julai 2016 dan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar,  Zahrin bin Romli. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1984 times