IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 25 July 2016 01:15

MINGGU PARADIGMA IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2016 (INTAKE-2)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
MINGGU PARADIGMA IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2016 (INTAKE-2)


Bandar Penawar, 21 - 23 Julai 2016 – Satu Program Minggu Paradigma IKBN Sesi 2/2016 untuk pelajar pengambilan kali kedua telah diadakan pada 21 hingga 23 Julai baru-baru ini bagi memberi pendedahan am kepada 38 orang pelajar baru tersebut mengenai Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar. Program ini merupakan program yang wajib disertai oleh semua pelajar yang baru mendaftar pada setiap sesi.


Pengisian program ini memfokuskan kepada taklimat mengenai disiplin dan rutin harian pelajar di IKBN Bandar Penawar, taklimat dari Bahagian Kemahiran, sesi “ice-breaking”,aktiviti riadah dan pelbagai lagi aktiviti yang bertujuan untuk memupuk disiplin, semangat kerjasama dan menyediakan pengetahuan asas kepada para pelajar baru mengenai Institut Kemahiran Belia Negara.


Program ini telah berlansung di beberapa lokasi dalam IKBN Bandar Penawar seperti Dewan Serbaguna, Pusat Sumber dan kawasan riadah IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan, pengajar dari beberapa jabatan serta beberapa orang pelajar senior IKBN Bandar Penawar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1885 times