IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 01 August 2016 01:17

PROGRAM TEAM BUILDING AWS 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid
PROGRAM TEAM BUILDING AWS 2016


Bandar Penawar, 29 Julai 2016 – Satu Program Team Building AWS 2016 telah diadakan pada 29 Julai baru-baru ini bagi memupuk semangat bekerjasama dan kecergasan yang tinggi di dalam diri para peserta. Program ini telah disertai oleh seramai 93 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar ambilan kedua Sesi Julai 2016 dan pelajar Jurusan Kimpalan Sesi 2/2016.


Pada sebelah pagi, pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum diberikan beberapa tugasan dalam kumpulan sebagai salah satu proses untuk mengenali ahli kumpulan lain dengan lebih dekat. Manakala pada sebelah petang pula, para pelajar telah diberikan tugasan untuk menyelesaikan tugasan Penawar Eksplorace yang mana cabarannya adalah untuk menyelesaikan ujian di setiap checkpoint yang signifikan kepada mereka seperti Terminal Bas, Bank-bank berkaitan, Klinik Kesihatan dan sebagainya.


Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Jabatan lain. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1944 times