MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 24 Sep 2020 07:18:49 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my TAKLIMAT KERJAYA DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG PASTRI SERTA “ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE WESTIN DESARU COAST RESORT DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dan-perkongsian-kepakaran-bidang-pastri-serta-english-empowerment-oleh-the-westin-desaru-coast-resort-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dan-perkongsian-kepakaran-bidang-pastri-serta-english-empowerment-oleh-the-westin-desaru-coast-resort-di-ikbn-bandar-penawar.html TAKLIMAT KERJAYA DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG PASTRI SERTA “ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE WESTIN DESARU COAST RESORT DI IKBN BANDAR PENAWAR

TAKLIMAT KERJAYA DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG PASTRI SERTA “ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE WESTIN DESARU COAST RESORT DI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 11 Mac 2019 - Sempena “International Women’s Day”, Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar telah mengambil inisiatif bersama Pengarah Sumber Manusia The Westin Desaru Coast Resort, Puan Caterine Wong untuk mengadakan taklimat kerjaya dan perkongsian kepakaran kepada pelajar-pelajar perempuan di Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar untuk memberi galakan dan motivasi kepada pelajar-pelajar perempuan untuk sentiasa berdaya saing dan berusaha agar berjaya menjadi seorang yang pakar dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

Puan Caterine juga hadir bersama Puan Yvonne, berusia 28 tahun walaubagaimanapun telah berjaya menjadi Junior Sous Chef (Pastry) di The Westin Desaru Coast Resort yang merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Puan Yvonne hadir untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang pastri.Terima kasih kepada semua pelajar dan pengajar Jabatan Hospitaliti yang terlibat bagi program tersebut.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 12 Mar 2019 16:20:09 +0800
LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI DAN AYER KEROH COUNTRY RESORT, MELAKA OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-le-grandeur-palm-resort-senai-dan-ayer-keroh-country-resort-melaka-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-le-grandeur-palm-resort-senai-dan-ayer-keroh-country-resort-melaka-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI DAN AYER KEROH COUNTRY RESORT, MELAKA OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI DAN AYER KEROH COUNTRY RESORT, MELAKA OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

Desaru, 6-7 Mac 2019 - CHIPS IKBN Bandar Penawar telah membuat lawatan pemantauan industri bagi pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal di Le Grandeur Palm Resort, Senai dan Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar dan majikan bagi memastikan sentiasa ada penambahbaikan di peringkat Institut.

 

Alhamdulillah para pelajar mendapat kerjasama yang baik daripada majikan dan pelajar ditawarkan pekerjaan. Di IKBN Bandar Penawar khasnya, CHIPS akan mengenalpasti tempat latihan industri dan berusaha dalam memastikan setiap pelajar mendapat ruang dan mengisi kekosongan jawatan di industri yang berkaitan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 10 Mar 2019 16:13:12 +0800
PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT IKBN BANDAR PENAWAR DI SMKA BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-serta-taklimat-ikbn-bandar-penawar-di-smka-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-serta-taklimat-ikbn-bandar-penawar-di-smka-bandar-penawar.html PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT IKBN BANDAR PENAWAR DI SMKA BANDAR PENAWAR

PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT IKBN BANDAR PENAWAR DI SMKA BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 5 Mac 2019 - Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar telah mengadakan pameran dan promosi serta taklimat di SMKA Bandar Penawar untuk memberi penerangan berkaitan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa yang ditawarkan oleh IKBN Bandar Penawar disamping mempromosikan kemasukan bagi pengambilan Julai 2019.

 

Kursus yang ditawarkan bagi kemasukan julai 2019 ialah Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (SKM 3) iaitu Penyediaan Makanan, Penyajian, Penyediaan Pastri, Kaunter Hadapan dan Pengemasan. Setiap jurusan hanya terhad kepada 25 orang sahaja melibatkan permohonan daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 06 Mar 2019 16:04:05 +0800
LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA DAN HARD ROCK DESARU OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-lotus-desaru-beach-resort-spa-dan-hard-rock-desaru-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-lotus-desaru-beach-resort-spa-dan-hard-rock-desaru-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA DAN HARD ROCK DESARU OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA DAN HARD ROCK DESARU OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

Desaru, 4 Mac 2019 - CHIPS IKBN Bandar Penawar telah membuat lawatan pemantauan industri bagi pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal di Lotus Desaru Beach Resort & Spa dan Hard Rock Desaru.

 

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar dan majikan bagi memastikan sentiasa ada penambahbaikan di peringkat Institut. Alhamdulillah para pelajar mendapat kerjasama yang baik daripada majikan dan berminat untuk diambil bekerja sekiranya ditawarkan pekerjaan. Di IKBN Bandar Penawar khasnya, CHIPS akan mengenalpasti tempat latihan industri dan berusaha dalam memastikan setiap pelajar mendapat ruang dan mengisi kekosongan jawatan di industri yang berkaitan.

 

Jom Masuk IKBN bagi sesi kemasukan Julai 2019. Tempat adalah sangat terhad.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Mar 2019 18:03:47 +0800
PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar.html PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR

PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 3 Mac 2019 - Perjumpaan ini telah diadakan pada hari Ahad jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.45 pagi. Ini adalah perjumpaan kali pertama Pengarah baru IKBN Bandar Penawar iaitu Encik Mohd Khailani Bin Ismail dengan semua kakitangan IKBN Bandar Penawar secara formal. Encik Mohd Khailani Bin Ismail melapor diri di IKBN Bandar Penawar pada 28 Januari 2019.

 

Antara amanat beliau adalah berkaitan pentingnya kerjasama semua kakitangan untuk berganding bahu bagi mencapai hala tuju IKBN Bandar Penawar dan sentiasa memastikan kursus yang dilaksanakan di IKBN Bandar Penawar sentiasa relevan dengan industri.

 

Diharap dengan kehadiran beliau sebagai pimpinan tertinggi di IKBN Bandar Penawar akan meletakan nama IKBN Bandar Penawar setara dengan institusi pendidikan yang terulung.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 04 Mar 2019 17:41:50 +0800
MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019.html MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019

MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019

Putrajaya, 1 Mac 2019 - Cawangan Kerjasama Strategik Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan menjadi urusetia bagi mesyuarat ini dengan mengumpulkan semua KCHI daripada 22 IKTBN/IKBN dan AKBG bagi merancang dan mengatur strategi serta mendapatkan maklumat MoU di setiap ILKBS & AKBG.

 

ILKBS disarankan untuk mengaplikasikan program Teaching Factory yang mana secara langsung melibatkan pihak industri dalam proses P&P samada dalam atau luar Institut. Pengisian mesyuarat selama 2 hari ini melibatkan garis panduan Pelaksanaan Penyataan Persefahaman BPKB/ILKBS, perkongsian input hasil daripada Dialog Industri Bil 2/2018, persediaan Gerak Kerja Career Fest ILKBS 2019 dan Kamus TPI 2019. Timbalan Ketua Pengarah BPKB, Dr. Ir. Azmi menyarankan setiap ILKBS tidak perlu berlumba menjadi jaguh dikalangan ILKBS sebaliknya berusaha untuk melengkapi setiap yang lain bagi merasionalisikan visi dan misi KBS dalam memperkasakan TVET di Malaysia.


YBrs Ketua Pengarah BPKB KBS, YBrs Dato’ Dr Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof juga menyampaikan amanat beliau dan memaklumkan kerjasama KCHI ILKBS amat penting bukan sahaja bagi memastikan kursus-kursus yang dijalankan di setiap ILKBS mendapat sambutan dan memastikan kebolehpasaran pelajar ILKBS mencapai 93% dan ke atas serta jalinan kerjasama yang baik bersama industri-industri di peringkat Nasional amnya dan negeri khasnya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 04 Mar 2019 17:30:24 +0800
LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-johor-petroleum-development-corporation-berhad-jpdc-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-johor-petroleum-development-corporation-berhad-jpdc-ke-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 26 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak JPDC ke institut ini bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di IKBN Bandar Penawar seiring dengan keperluan Industri Minyak & Gas di Pengerang, Johor.

 

Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak JPDC diwakili oleh Encik Hilmi dan Hajah Rashidah akan berusaha untuk membantu pihak Institut dalam mengenal pasti keperluan bagi jangka masa panjang agar IKBN Bandar Penawar sentiasa menjadi pusat latihan teknikal dalam bidang-bidang kemahiran terutama dalam industri Minyak & Gas.

 

Pihak JPDC berhasrat untuk membantu penduduk luar bandar amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

IKBN Bandar Penawar membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak JPDC kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 27 Feb 2019 12:22:57 +0800
BENGKEL PENGUMPULAN DAN PENGISIAN MAKLUMAT DAFTAR RISIKO PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bengkel-pengumpulan-dan-pengisian-maklumat-daftar-risiko-prosedur-kualiti-ms-iso-9001-2015-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bengkel-pengumpulan-dan-pengisian-maklumat-daftar-risiko-prosedur-kualiti-ms-iso-9001-2015-ikbn-bandar-penawar.html BENGKEL PENGUMPULAN DAN PENGISIAN MAKLUMAT DAFTAR RISIKO PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 IKBN BANDAR PENAWAR

BENGKEL PENGUMPULAN DAN PENGISIAN MAKLUMAT DAFTAR RISIKO PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 25 Februari 2019 - Bengkel pengumpulan dan pengisian maklumat daftar risiko prosedur kualiti diadakan bagi meneliti risiko dan peluang yang perlu dilaksanakan agar IKBN Bandar Penawar mampu mencapai pensijilan MS ISO 9001:2015.

 

Tahniah kepada penyelaras, pasukan Pengurusan Risiko dan Peluang serta pemegang prosedur yang hadir dalam menjayakan bengkel ini dan juga kepada wakil pengurusan IKBN Bandar Penawar yang memberi komitmen bagi melancarkan proses pensijilan ini.

 

Dengan adanya bengkel ini, mampu memberi pencerahan dan kefahaman agar risiko yang ada boleh dirawat dan dicegah serta diatasi.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 Feb 2019 12:09:16 +0800
PAMERAN DAN PROMOSI IKBNBP SEMPENA HARI SUKAN & PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA KOTA KECIL http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbnbp-sempena-hari-sukan-pibg-sekolah-kebangsaan-laksamana-kota-kecil.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbnbp-sempena-hari-sukan-pibg-sekolah-kebangsaan-laksamana-kota-kecil.html PAMERAN DAN PROMOSI IKBNBP SEMPENA HARI SUKAN & PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA KOTA KECIL

PAMERAN DAN PROMOSI IKBNBP SEMPENA HARI SUKAN & PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA KOTA KECIL

Kota Tinggi, 24 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar sedang giat mempromosikan kursus-kursus sepenuh masa bagi kemasukan sesi Julai 2019 dan separuh masa bagi kemasukan yang dibuka sepanjang tahun.

 

Bagi sesi kemasukan Julai, IKBN Bandar Penawar menawarkan 5 bidang kursus sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Kaunter Hadapan, Pengemasan, Penyediaan Pastri, Penyajian dan Penyediaan Makanan. Pengambilan bagi sesi Julai 2019 adalah melalui sistem UPU. Kemasukan adalah terhad iaitu 25 orang bagi setiap jurusan sahaja dan syarat kemasukan sangat mudah hanya perlu lulus SPM.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 25 Feb 2019 12:04:24 +0800
PROGRAM SUKAN RAKYAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-sukan-rakyat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-sukan-rakyat.html PROGRAM SUKAN RAKYAT

PROGRAM SUKAN RAKYAT

Bandar Penawar, 14 Februari 2019- Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan Program Sukan Rakyat yang melibatkan pengajar dan pelajar dari Jabatan tersebut. Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah Golek gelung, Labah-labah terbang, Kereta Sorong, Semakin hari semakin sayang, Lari kain pelikat dan Tarik tali.

 

Setiap pelajar telah dibahagikan kepada lima rumah sukan iaitu rumah kuning, biru, ungu, merah dan hitam. Acara bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari. Program seperti ini dapat memupuk sikap kerjasama sesama pelajar dan mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 17 Feb 2019 11:43:40 +0800