MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 19 Sep 2020 23:10:30 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-mencipta-video-pendek-2017-kategori-ilkbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-mencipta-video-pendek-2017-kategori-ilkbs.html Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS

Disediakan oleh : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS

Putrajaya, 19 December 2017 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS anjuran unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. IKBN Bandar Penawar mendapat tempat ke-3 bagi kategori pelajar dan pegawai.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kepada para pemenang pertandingan mencipta video pendek 2017. Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah dan Dr. Ir. Azmi bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah meluangkan masa bersama para pemenang untuk sesi bergambar. Tahniah kepada para pemenang dan IKBN Bandar Penawar.

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Dec 2017 17:50:03 +0800
Taklimat Latihan Industri http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri.html Taklimat Latihan Industri

Disediakan oleh : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Taklimat Latihan Industri

Bandar Penawar, 5 Disember 2017 - Seramai 17 orang pelajar IKBN Bandar Penawar telah menyertai Taklimat Latihan Industri yang disampaikan oleh Pegawai Hubungan Industri IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam.

 

Pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Perhotelan sepenuh masa ini akan mula menjalani latihan industri bagi sesi Januari 2018 di beberapa tempat yang terpilih seluruh malaysia. Diharapkan taklimat ini dapat memberi sedikit pendedahan berkenaan Latihan Industri yang akan mereka lalui dan dunia pekerjaan mereka nanti. Semoga mereka mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan semasa menjalani latihan industri. Semoga berjaya.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Dec 2017 17:35:23 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawanan-ilkbs-touch-point-dibawah-cabinet-away-day-2017-cad-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawanan-ilkbs-touch-point-dibawah-cabinet-away-day-2017-cad-2017.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)

Disediakan oleh : Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)


Johor Bahru, 25 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) - Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 25 November 2017 di Hentian Bas Permas, Permas Jaya, Johor.


Program di Permas Jaya dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dihadiri oleh ADUN Permas iaitu YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, merangkap Menteri Besar Johor. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Hajah Wasitah Bt. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan serta Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar.


Sebanyak tujuh (7) program kesukarelawanan telah dilaksanakan oleh IKBN Bandar Penawar. Fasa I melibatkan lima (5) program, manakala Fasa II melibatkan dua (2) program. Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 25 Nov 2017 17:13:15 +0800
KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-penyediaan-makanan-berasaskan-yis.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-penyediaan-makanan-berasaskan-yis.html KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS

KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS

BANDAR PENAWAR, 19 November 2017 – Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah menjalankan Kursus Penyediaan Makanan Berasaskan Yis pada hari Sabtu 18 November 2017. Kursus ini telah ditawarkan kepada komuniti setempat dan ada juga peserta yang datang dari Johor Bahru.

 

Kursus secara “hands-on” ini telah disertai oleh seramai 9 orang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 7 orang wanita. Peserta kursus ini meliputi pelbagai latar belakang termasuklah suri rumah, para suami, pekerja mahir dan separuh mahir serta para usahawan atas talian. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penyediaan makanan berasaskan yis yang lebih memfokuskan kepada penyediaan asas roti dan pizza.

 

Antara produk yang dihasilkan adalah Hawaiian Pizza, Island Supreme pizza, Red bean bun, Chicken floss bun, Butter scotch bun, Plaited cheese bun, Tuna roll dan banyak lagi. Encik Shah Rizan Bin Tamrim telah dipertanggungjawabkan dalam sesi pengajaran kali ini. Kursus bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, peserta menunjukkan minat dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik penyediaan roti.

 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semoga dengan apa yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan disamping menjadi titik tolak dalam pencarian penambahan rezeki.
 
Disediakan oleh : Encik Shah Rizan Bin Tamrim
Foto : Shah Rizan Bin Tamrim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 19 Nov 2017 17:48:41 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-3.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-3.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3

Johor Bahru, 12 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 12 November 2017 di Taman Permainan PPR Sri Iskandar, Johor Bahru, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di PPR Sri Iskandar ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Johor Bahru, Pusat Pembangunan Belia Daerah Johor Bahru (JOYDEC), Ahli Majlis MPJB Zon Bakar Batu, Persatuan Belia Warisan, Mutiara Q-Tech Corporation Sdn. Bhd. dan disertai oleh 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih kerusi yang rosak, mengganti genting yang rosak dan mengecat di Taman Permainan PPR Sri Iskandar. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini.  

Turut hadir bersama ialah Lim Chow Kiat (TP-HEP), wakil kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Encik Ruhisyam Bin Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 12 Nov 2017 15:57:35 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-2.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-2.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2


Pontian, 9 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah dilaksanakan pada 9 November 2017 di Taman Permainan Kg. Melayu Kukup Laut, Kukup, Pontian, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di Kukup ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Daerah Pontian, Pejabat DUN Kukup, Penduduk Taman Laksamana,/Bandar Permas/Kampong Melayu Kukup, Ahli Jawatankuasa Majlis Zon A, B dan C. Seramai 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar terlibat dalam program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih dan mengecat di Taman Permainan Kg. Melayu Kukup Laut, Kukup. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Peserta program turut membersih dan mengecat empat (4) hentian bas di kawasan Bandar Permas. Antara aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, Pertandingan Berwarna (kanak-kanak) dan pameran adri pelbagai Jabatan/Agensi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.


Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh, ADUN kawasan Kukup. Turut hadir bersama ialah Lim Chow Kiat (TP-HEP), wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Encik Muzaiz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Saudara Fahmi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 09 Nov 2017 15:44:18 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-1.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-1.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1


Johor Bahru, 4 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 4 November 2017 di Taman Permainan, Jalan Pekaka 5, Taman Perling, Johor Bahru, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di Taman Perling ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai, Pusat Pembangunan Belia Daerah Johor Bahru (JOYDEC), Ahli Majlis MPJBT Zon Taman Perling, Persatuan Belia Bintang Selatan dan disertai oleh 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih, mengecat dan membuat landskap di Taman Permainan Taman Perling. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi iaItu wakil rasmi kepada YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Muhamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimen Pulai.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Saudari Nur Fatihah binti Harun Rashaid

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 05 Nov 2017 15:27:37 +0800
PEPERIKSAAN AKHIR SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL IKBN BANDAR PENAWAR DAN LOTUS DESARU RESORT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/peperiksaan-akhir-sistem-latihan-dual-nasional-ikbn-bandar-penawar-dan-lotus-desaru-resort.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/peperiksaan-akhir-sistem-latihan-dual-nasional-ikbn-bandar-penawar-dan-lotus-desaru-resort.html PEPERIKSAAN AKHIR SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL IKBN BANDAR PENAWAR DAN LOTUS DESARU RESORT

PEPERIKSAAN AKHIR SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL IKBN BANDAR PENAWAR DAN LOTUS DESARU RESORT

Bandar Penawar, 7 November 2017 – IKBN Bandar Penawar sedang berkolaborasi bersama Lotus Desaru Resort di dalam Program Sistem Latihan Dual Nasiona (SLDN) dalam mempersijilkan pekerja resort tersebut dengan Sijil Kemahiran Malaysia bermula Ogos 2017 hingga Mac 2018 yang melibatkan Kelas Teori dan Amali serta Peperiksaan Akhir.


Terdapat 4 program yang dijalankan iaitu Operasi Servis Makanan Dan Minuman Tahap 2 & 3 dan Penyediaan Dan Pembuatan Makanan Tahap 2 & 3. Seramai 40 orang perantis dari Lotus Desaru Resort mengikuti program ini yang terdiri dari pekerja-pekerja Kitchen Department dan F&B Department.


Selain menjalankan kelas teori setiap minggu yang diajar oleh pengajar bertauliah dari IKBN Bandar Penawar dan Pembelajaran Amali iaitu Jurulatih dari pihak resort, peperiksaan akhir juga dijalankan bagi menilai tahap keterampilan perantis. Dengan dihadiri dua pegawai pemantau dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan, peperiksaan akhir telah dijalankan pada hari ini dengan jayanya dimana 100% kelulusan perantis telah dicapai. Perantis telah menduduki peperiksaan teori di sebelah pagi manakala peperiksaan amali dijalankan disebelah petang. Perantis diminta menyedia dan memasak makanan mengikut menu yang telah ditetapkan iaitu sup, hidangan utama dan pencuci mulut, menghidangkan Sparkling Wine dan menyajikan makanan kepada pelanggan secara American Service.


Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Urusetia, penyelaras, pengajar dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan peperiksaan kali ini. Peperiksaan seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2018 akan datang.


 
Disediakan oleh : Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen
Foto disediakan oleh : Encik Shah Rizan Bin Tamrim & Puan Khairun Afida Binti Ahmad

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 07 Nov 2017 09:17:30 +0800
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MEMBUAT LAWATAN KE LOKASI PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/timbalan-ketua-setiausaha-strategik-kementerian-belia-dan-sukan-membuat-lawatan-ke-lokasi-pertandingan-kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-31-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/timbalan-ketua-setiausaha-strategik-kementerian-belia-dan-sukan-membuat-lawatan-ke-lokasi-pertandingan-kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-31-2017.html TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MEMBUAT LAWATAN KE LOKASI PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MEMBUAT LAWATAN KE LOKASI PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31


Bandar Penawar, 30 Oktober 2017 – YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Saleh Bin Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar dan pegawai-pegawai KBS dan IKBN Bandar Penawar meluangkan masa meninjau kawasan di sekitar Bandar Penawar termasuklah Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru (KRAMSAU).


Beliau juga sudi meluangkan masa melihat peserta-peserta Kejohanan Sukan ILKBS bertanding bagi merebut gelaran juara bagi acara badminton yang diadakan di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar dan futsal yang diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 30 Oct 2017 14:14:40 +0800
KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB) MENINJAU PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ketua-pengarah-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia-bpkb-meninjau-persiapan-bagi-kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-31-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ketua-pengarah-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia-bpkb-meninjau-persiapan-bagi-kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-31-2017.html KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB) MENINJAU PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31

KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB) MENINJAU PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31


Bandar Penawar, 29 Oktober 2017 – YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, BPKB, Kementerian Belia dan Sukan sudi untuk meluangkan sedikit masa meninjau persiapan yang telah dilaksanakan oleh IKBN Bandar Penawar bagi Penganjuran Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 Tahun 2017.


Selain meninjau persiapan di IKBN Bandar Penawar beliau turut ke Pusat Bowling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) bersama Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Ghazali dan diiringi oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Pengetua Cemerlang sekolah tersebut melihat persiapan yang telah dilaksanakan. Beliau juga sempat membuat beberapa balingan dan beramah mesra dengan pegawai dan pelajar yang sedang membuat latihan.


Beliau juga ke Komplek Sukan Komuniti Bandar Penawar dan Stadium Kejora di mana pertandingan Futsal dan Badminton akan berlangsung.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 29 Oct 2017 14:08:30 +0800