MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my Sun, 20 Sep 2020 00:46:31 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM VISITING LECTURER - UNLEASH YOUR X-FACTOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-visiting-lecturer-unleash-your-x-factor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-visiting-lecturer-unleash-your-x-factor.html PROGRAM VISITING LECTURER - UNLEASH YOUR X-FACTOR

PROGRAM VISITING LECTURER - UNLEASH YOUR X-FACTOR
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah


Bandar Penawar, 16 Mei 2017 – Bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar satu program anjuran Cawangan Hubungan Industri Publisiti Seranta (CHIPS) dan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah diadakan. Penceramah jemputan iaitu Encik Aaron, Administration Manager Lotus Desaru Beach Resort & Spa telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan Unleash Your X-Factor. Ceramah disertai oleh semua kakitangan dan pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar.

 

Pelaksanaan program visiting lecturer ini digabungkan bersama English Day IKBN Bandar Penawar yang juga merupakan satu inisiatif yang amat baik untuk menggalakan para pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Program yang dilaksanakan dalam bahasa Inggeris ini berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian daripada para pelajar serta pengajar. Pelajar dan pengajar perlu meningkatkan kemahiran mereka menguasai Bahasa Inggeris kerana bidang yang mereka ceburi iaitu Perhotelan dan Hospitaliti menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris.

 

Pelaksanaan Program Visiting Lecturer  ini merupakan inisiatif di bawah Program TN 20:50 di mana para pelajar mahupun pengajar dapat berkongsi pengetahuan bersama pakar jemputan dan menyerlahkan faktor X dalam diri masing-masing. Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan dengan menjemput lebih ramai pakar jemputan. Terima kasih kepada penceramah jemputan untuk ilmu yang sangat bermanfaat serta kakitangan yang terlibat.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 17 May 2017 16:52:00 +0800
PERBINCANGAN MOU DAN PROGRAM SLDN IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perbincangan-mou-dan-program-sldn-ikbn-bandar-penawar-bersama-lotus-desaru-beach-resort-spa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perbincangan-mou-dan-program-sldn-ikbn-bandar-penawar-bersama-lotus-desaru-beach-resort-spa.html PERBINCANGAN MOU DAN PROGRAM SLDN IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

PERBINCANGAN MOU DAN PROGRAM SLDN IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah


Bandar Penawar, 17 Mei 2017 – Bertempat di Lotus Desaru Beach Resort & Spa satu perbincangan telah diadakan berkenaan MoU di antara IKBN Bandar Penawar dan Lotus Desaru Beach Resort & Spa dan pelaksanaan program SLDN dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti serta lawatan ke bahagian operasi Lotus Desaru Beach Resort & Spa.


IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Puan Nurul Azani Binti Ibrahim, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) dan Puan Maslizawati Binti Ab Rashid selaku Ketua Cawangan Hubungan Industri Publisiti Seranta (CHIPS) serta dua orang Pegawai CHIPS iaitu Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah dan Puan Khairun Afida Binti Ahmad. Manakala Pengurusan Lotus Desaru Beach Resort & Spa diwakili oleh Madam R.Indra Gandhi Pillai, Puan Asnidah Binti Tationo dan Encik Aaron.


Pihak Lotus Desaru Beach Resort & Spa bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama pihak IKBN Bandar Penawar dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti serta amat menyokong pelaksanaan program SLDN di antara Lotus Desaru Beach Resort & Spa dan IKBN Bandar Penawar yang mana dilihat dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.


Lawatan yang diadakan ke bahagian operasi Lotus Desaru Beach Resort & Spa bertujuan untuk meninjau rutin harian staff di bahagian tersebut. Lotus Desaru Beach Resort & Spa menawarkan fasiliti untuk percutian keluarga, reunion rakan taulan mahupun untuk acara majlis perkahwinan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 18 May 2017 16:50:00 +0800
PERBINCANGAN MOU IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA AMARI HOTEL JOHOR BAHRU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perbincangan-mou-ikbn-bandar-penawar-bersama-amari-hotel-johor-bahru.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perbincangan-mou-ikbn-bandar-penawar-bersama-amari-hotel-johor-bahru.html PERBINCANGAN MOU IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA AMARI HOTEL JOHOR BAHRU

PERBINCANGAN MOU IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA AMARI HOTEL JOHOR BAHRU
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah


Johor Bahru, 24 Mei 2017 – Satu perbincangan telah diadakan di Amari Hotel Johor Bahru bagi membincangkan berkenaan MoU diantara IKBN Bandar Penawar dan Amari Hotel Johor Bahru dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti. IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Puan Maslizawati Binti Ab Rashid selaku Ketua Cawangan Hubungan Industri Publisiti Seranta (CHIPS) dan Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah, Pegawai CHIPS. Manakala Amari Hotel Johor Bahru diwakili oleh Puan Nur Isza dan Puan Suzelah daripada pihak pengurusan hotel tersebut.


Pihak Amari Hotel Johor Bahru bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama pihak IKBN Bandar Penawar dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti dan amat menyokong pelaksanaan program Visiting Lecturer di antara Amari Hotel Johor Bahru dan IKBN Bandar Penawar yang mana dilihat dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. Diharap kerjasama di antara kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan lagi peluang pasaran dan industri Perhotelan dan Hospitaliti di Johor.


Puan Maslizawati sempat juga mengadakan lawatan ke bahagian operasi Amari Hotel Johor Bahru. Amari Hotel Johor Bahru ialah cawangan yang pertama dibuka di Malaysia. Selain di Malaysia, Amari Hotel and Resort telah lama bertapak di Thailand, China, Maldives, Qatar dan lain-lain. Amari Hotel Johor Bahru juga dilengkapi dengan Breeze Spa dan Executive Lounge.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 25 May 2017 16:48:00 +0800
PAMERAN IKBN BANDAR PENAWAR SEMPENA OIC BATTLE OF TALENT-OIC YOUTH CAPITAL CITY (YCC) 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-ikbn-bandar-penawar-sempena-oic-battle-of-talent-oic-youth-capital-city-ycc-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-ikbn-bandar-penawar-sempena-oic-battle-of-talent-oic-youth-capital-city-ycc-2017.html PAMERAN IKBN BANDAR PENAWAR SEMPENA OIC BATTLE OF TALENT-OIC YOUTH CAPITAL CITY (YCC) 2017

PAMERAN IKBN BANDAR PENAWAR SEMPENA OIC BATTLE OF TALENT-OIC YOUTH CAPITAL CITY (YCC) 2017
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah


Putrajaya, 23 - 24 Mei 2017 – Bertempat di Dewan Seri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya, IKBN Bandar Penawar telah menyertai pameran Sempena OIC Battle of Talent-OIC Youth Capital City (YCC) 2017. Kami mempamerkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh pelajar IKBN Bandar Penawar yang mengikuti kursus Minyak dan Gas. Pengajar dari Bahagian Welding iaitu Encik Salizal Bin Mohamad Rajali dan Encik Fikri Sham Bin Basari dari Bahagian Health Safety and Environment telah menyantuni pengunjung di booth IKBN Bandar Penawar.

Antara acara yang berlangsung di sini ialah Pertandingan sumorobot dan robotic, Taklimat Industri dan Pameran kemahiran daripada ILKBS, swasta dan agensi yang berkaitan. Pempamer terdiri daripada Syarikat Swasta, Pusat Latihan Kemahiran ILKBS, ADTEC, ILP, IKM, Politeknik, Kolej Vokasional manakala peserta pameran robotik terdiri dari pusat latihan yang menjalankan kursus-kursus yang berkaitan robot seperti elektronik, mekanikal, mekatronik dan reka bentuk terbaru komputer (CAD).

Program berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian ramai pengunjung. Pelaksanaan program ini dapat memberi impak yang positif terhadap memupuk nilai kesedaran dan peningkatan minat para belia tempatan tentang kehebatan sains dan kejuruteraan robotik. Pihak IKBN Bandar Penawar hadir memberi sokongan dan secara tidak langsung mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di IKBN Bandar Penawar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 25 May 2017 16:46:00 +0800
PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-penjelajahan-lasak-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-penjelajahan-lasak-2017.html PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK 2017

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK 2017
Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Bandar Penawar, 20 Mei 2017 – Satu Program Penjelajahan Lasak 2017 anjuran Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2017 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah diadakan pada 19 hingga 20 Mei baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap cintakan alam semulajadi dikalangan peserta. Program yang merupakan salah satu elemen utama dalam komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini telah diadakan di kawasan Hutan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru dan disertai oleh seramai 36 orang peserta dari IKBN Bandar Penawar.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor yang meliputi aktiviti kraf perkhemahan, aktiviti kembara malam, serta aktiviti jungle trekking yang lasak di dalam satu kumpulan yang besar dimana setiap peserta diajar cara-cara untuk merentasi halangan-halangan yang sukar di sepanjang laluan ke destinasi penamat. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi untuk sampai ke destinasi penamat yang ditetapkan dengan bantuan para pegawai pengiring dan jurulatih.


Sesekali pelajar IKBN Bandar Penawar dibawa untuk meneroka aktiviti di luar kampus, mereka dapat melupakan seketika buku dan tugasan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini. Semoga program seperti ini sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 May 2017 14:50:00 +0800
LAWATAN AUDIT ANUGERAH INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) TERBAIK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-audit-anugerah-institusi-latihan-kemahiran-belia-dan-sukan-ilkbs-terbaik.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-audit-anugerah-institusi-latihan-kemahiran-belia-dan-sukan-ilkbs-terbaik.html LAWATAN AUDIT ANUGERAH INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) TERBAIK

LAWATAN AUDIT ANUGERAH INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) TERBAIK
Disediakan : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

Bandar Penawar, 25 – 26 April 2017 – Program Bermula 25 April 2017, semua dokumen yang terlibat mengikut senarai yang yang teleh dihantar iaitu Pindaan Kriteria Anugerah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Terbaik pada 27 Mac 2017 disusun dengan mengikut kording yang ditetapkan oleh Penyelaras. Terdapat 2 tempat disediakan bagi kemudahan semakan dokumen yang terlibat iaitu Dokumen Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar. Bagi Dokumen Pengurusan Pembelajaran & Pembelajaran, Dokumen Pencapaian Utama Transformasi, Dokumen Pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Kemasyarakatan, Kesukarelaan dan Aktiviti Luar dikumpulkan di Perpustakaan IKBN Bandar Penawar.


Pegawai Audit yang hadir tediri kepada 4 orang pegawai dari KBS iaitu Encik Anuwar Bin Asmuni (Selaku Ketua Audit), Encik Ibrahim Bin Mohd Yusof,  Encik Azli Bin Mohammad Ramlan dan Encik Mohd Sukri Bin Hussain. Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Encik Ibrahim dan Encik Azli mengaudit dokumen di Bilik Mesyuarat dan Encik Anuwar dan Encik Mohd Sukri mengaudit dokumen di Perpustakaan.


Selain daripada membuat semakan dokumen-dokumen pihak Auidt juga membuat lawatan tapak seperti Asrama dan Dewan Makan di IKBN Bandar Penawar. Pada 26 April 2017, pihak Audit ada membuat sesi perjumpaan bersama pegawai IKBN Bandar Penawar bagi sesi pergulungan suslan Audit ILKBS di IKBN Bandar Penawar dan menerangkan isu-isu yang dijumpai dan cadangan-cadangan pembaikan. Selesai pergulungan tersebut Pihak Audit juga membuat sesi perjumpaan MPP bagi mengenalpasti permasalahan yang boleh dibantu dan disuarakan kepada pihak IKBNBP dan pihak Kementerian.  Program tamat pada jam 12.00 tengah hari.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 27 Apr 2017 14:41:00 +0800
PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL LELAKI DAN BOLA JARING WANITA VS KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR (KKBP) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perlawanan-persahabatan-futsal-lelaki-dan-bola-jaring-wanita-vs-kolej-komuniti-bandar-penawar-kkbp.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perlawanan-persahabatan-futsal-lelaki-dan-bola-jaring-wanita-vs-kolej-komuniti-bandar-penawar-kkbp.html PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL LELAKI DAN BOLA JARING WANITA VS KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR (KKBP)

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL LELAKI DAN BOLA JARING WANITA VS KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR (KKBP)
Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Bandar Penawar, 12 April 2017 – Satu perlawanan persahabatan bagi sukan futsal lelaki dan bola jaring wanita melibatkan pelajar IKBN Bandar Penawar menentang pasukan dari Kolej Komuniti Bandar Penawar telah diadakan baru-baru ini sebagai salah satu langkah untuk membudayakan sukan dikalangan belia disamping mengeratkan lagi silaturrahim diantara kedua-dua institusi pendidikan.


Siri perlawanan yang diadakan di Kolej Komuniti Bandar Penawar ini merupakan satu daripada beberapa siri perlawanan persahabatan yang dirangka dan diharap dapat memberikan pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar dari kedua-dua pasukan.


Tahniah diucapkan kepada kesemua pelajar daripada kedua-dua institusi yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan disiplin yang baik sepanjang perlawanan diadakan. Turut diucapkan setinggi terima kasih kepada para pegawai dari Kolej Komuniti Bandar Penawar yang sudi menerima kedatangan pasukan dari IKBN Bandar Penawar pada perlawanan persahabatan kali ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 12 Apr 2017 10:27:00 +0800
KELAS LAWN BOWLS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kelas-lawn-bowls.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kelas-lawn-bowls.html KELAS LAWN BOWLS

KELAS LAWN BOWLS
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Bandar Penawar, 13 Mac 2017 – Seramai 31 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah menyertai sesi kelas dan latihan bowling padang yang dikategorikan sebagai sukan rekreasi di bawah Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Program ini merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Operasi ARPRM IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama jurulatih pakar dan atlit-atlit pelapis daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar.


Sesi yang diadakan buat kali kedua ini ialah lanjutan daripada sesi pertama dahulu yang telah diadakan pada 4 Mac 2017 bertempat di venue yang sama iaitu Padang Latihan Boling Padang, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Objektif program latihan dan kelas mengenai bowling padang ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar untuk merasai sendiri tentang cara untuk bermain dalam sukan-sukan yang mana fasilitinya adalah terhad namun cukup popular dikalangan penggiat sukan tempatan.


Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail yang sudi untuk mencurahkan ilmu kepada para peserta pada sesi kali ini. Adalah menjadi harapan agar sesi-sesi seterusnya dapat digunakan dengan sebaiknya oleh para pelajar IKBN Bandar Penawar untuk menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman, disamping menjadikan ia sebagai nilai tambah kepada kemahiran bersukan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 13 Mar 2017 10:14:00 +0800
PROGRAM TEAM BUILDING@IKBN BANDAR PENAWAR 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-team-building-ikbn-bandar-penawar-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-team-building-ikbn-bandar-penawar-2017.html PROGRAM TEAM BUILDING@IKBN BANDAR PENAWAR 2017

PROGRAM TEAM BUILDING@IKBN BANDAR PENAWAR 2017
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan bin Ahmad

BANDAR PENAWAR, 5 APRIL 2017 – Satu Program Team Building@IKBN Bandar Penawar 2017 telah diadakan pada 30 Mac hingga 1 April baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 72 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 Jabatan Hotel dan Hospitaliti.

 

Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo bendera, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan virus games. Semua perserta yang terlibat sedaya upaya menjayakan tugasan yang diberikan. Keseronokan dapat dirasai oleh setiap peserta apabila berjaya menyelesaikan setiap aktiviti.


Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar dan sekitar IKBN Bandar Penawar sendiri. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Aktiviti ini adalah antara acara tahunan yang mendapat sambutan yang menggalakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 05 Apr 2017 09:58:00 +0800
PROGRAM KEMPEN MENDERMA DARAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kempen-menderma-darah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kempen-menderma-darah.html PROGRAM KEMPEN MENDERMA DARAH

PROGRAM KEMPEN MENDERMA DARAH
Disediakan oleh : Norashikin Binti Rambat


BANDAR PENAWAR, 20 FEBRUARI 2017 – Telah diadakan Program Kempen Derma Darah yang diadakan di Dewan Besar IKBN Bandar Penawar bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar.

 

Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN. Selain itu, terdapat juga orang perseorangan dari pejabat/agensi dan PBT Pengerang menjayakan kempen ini. Seramai 40 orang telah menderma darah.Kempen ini diadakan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat.

 

Darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa, membantu pesakit yang memerlukan darah seperti mangsa kemalangan, pesakit thalassemia, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya.

 

Terdapat beberapa kebaikan kepada mereka yang menderma darah. Antaranya ialah penderma boleh mengetahui jenis darah mereka, tahap tekanan darah dan kandungan hemoglobin. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat kerana darah yang baru dan segar akan dihasilkan. Bagi memastikan darah yang diderma selamat digunakan, darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 20 Feb 2017 09:43:00 +0800