MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 15 Aug 2020 11:15:06 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/289-program-penawar-got-talent-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/289-program-penawar-got-talent-2016.html PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad & Nurul Anis binti Muahd Nor
PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016


Bandar Penawar, 8 Mei 2016 – Satu Program Pertandingan PENAWAR GOT TALENT 2016 telah diadakan pada 8 Mei baru-baru ini bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 6 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil dari setiap jurusan. Tujuan utama program ini ialah untuk mencari bakat suara “rock” yang sesuai untuk mewakili IKBN Bandar Penawar ke pertandingan ILKBS Idol 2016 yang akan diadakan pada 30 dan 31 Mei ini.


Para peserta dikehendaki membawakan dua lagu yang berkonsepkan “rock” dan setelah tamat pertandingan, Nur Dahliana binti Khalid telah berjaya menjadi johan sekaligus akan menjadi wakil IKBN Bandar Penawar ke pertandingan ILKBS 2016. Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 1/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 May 2016 01:20:00 +0800
MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR KIMPALAN SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/288-minggu-peperiksaan-akhir-pelajar-kimpalan-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/288-minggu-peperiksaan-akhir-pelajar-kimpalan-sesi-1-2016.html MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR KIMPALAN SESI 1/2016

Disediakan oleh : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali
Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali
MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR KIMPALAN SESI 1/2016


Bandar Penawar, 22 Mei 2016 – Seramai 31 orang pelajar Kimpalan Sesi 1/2016 IKBN Bandar Penawar akan menamatkan latihan mereka setelah 3 bulan menimba ilmu di sini. Hari ini bermula minggu peperiksaan akhir bagi pelajar ini.

 

Welder Qualification Test American Welding Society oleh pihak SIRIM yang diwakili oleh Tuan Haji Sutiman memantau seramai 31 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan WQT 6G yang bermula 22 hingga 26 Mei 2016.

 

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar, semoga dengan ilmu yang diperlolehi di sini akan membawa mereka lebih jauh dalam kerjaya mereka di masa akan datang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 23 May 2016 01:18:00 +0800
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/287-pertandingan-kemahiran-sempena-kembara-kerjaya-johor-3-0.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/287-pertandingan-kemahiran-sempena-kembara-kerjaya-johor-3-0.html PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Puan Wan Mashita Binti Wan Hanapi
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0


Bandar Penawar, 21 Mei 2016 – Jabatan Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran sempena Kembara Kerjaya Johor 3.0 di perkarangan Perpustakaan IKBN Bandar Penawar. Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar pusat bertauliah.

 

Program Kembara Kerjaya Johor 3.0 telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Bin Haji Mohammad. Antara pertandingan Kemahiran yang telah dijalankan ialah Pertandingan Hiasan Kek bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Manakala Pertandingan Ukiran Buah bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

 

Muhammad Haikal Bin Jeffry dari Jurusan Penyediaan Makanan telah memenagi tempat pertama dalam acara Ukiran Buah, manakala Mohamad Solehan Bin Mohd Zam telah memenangi tempat ketiga. Muhammad Ilman Bin Zulkarnain dari Jurusan Pastri mendapat tempat ketiga dalam acara hiasan kek.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 22 May 2016 01:15:00 +0800
PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/286-promosi-parlimen-belia-malaysia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/286-promosi-parlimen-belia-malaysia.html PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Promosi Parlimen Belia Malaysia telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) pada hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh Mohd Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri dari Pusat Kegiatan Guru Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

 

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna IKBNBP mensasarkan pelajar IKBN dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang peranan Parlimen Belia Malaysia, konsep pemilihan dan kelebihan menjadi Ahli Perlimen Belia Malaysia (APBM), had kelayakan umur untuk menjadi APBM dan had umur pengundi, serta kelebihan pelajar menyertai Parlimen Belia Malaysia.

 

Disamping itu, pelajar juga didedahkan dengan cara mendaftar secara atas talian dan mengemaskini maklumat pemilih melalui portal Parlimen Belia Malaysia. Pelajar juga diberikan borang pendaftaran manual ePBM, bertujuan untuk proses pendaftaran sebagai pengundi Parlimen Belia Malaysia.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP. Turut hadir bersama ialah Shripah Aishah Bt. Wan Ibrahim, Ketua Pengurusan Pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 18 May 2016 01:07:00 +0800
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/285-program-institut-pendidikan-bebas-dadah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/285-program-institut-pendidikan-bebas-dadah.html PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH


BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah AADK Daerah Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di Institut tentang kesan bahayanya penyalahgunaan dadah.

 

Program ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan  ceramah bertajuk Kesan Penggunaan Dadah, Peranan Masyarakat dan Pencegahan Dadah yang disampaikan oleh Hazurah Binti Husin, Pegawai AADK Daerah Kota Tinggi. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas penagih dadah.

 

Program ini kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dinamika Kumpulan di mana pelajar telah dibahagikan kepada duabelas (12) kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu tajuk yang berkaitan dengan dadah untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Semua kumpulan telah diberi hadiah hamper yang disediakan oleh AADK Daerah Kota Tinggi.

 

Aktiviti lain termasuk sesi soal jawab dan kuiz antidadah. Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 18 May 2016 00:47:00 +0800
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/256-program-kesedaran-kesihatan-mengenai-hiv-aids-penyakit-kelamin.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/256-program-kesedaran-kesihatan-mengenai-hiv-aids-penyakit-kelamin.html PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN


BANDAR PENAWAR, 9 MEI 2016 – Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Kesedaran Kesihatan Mengenai HIV / AIDS & Penyakit Kelamin iaitu Sexual Transmitted Diseases (STD). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan di IKBNBP.

 

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan edaran soalan Pre-test dan disusuli dengan ceramah bertajuk Pengenalan HIV/AIDS dan STD yang disampaikan oleh Dr.Mohd Ihsan Bin Mahmood, Pegawai Perubatan Kesihatan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi. Ceramah seterusnya telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail, Head Community Engagement & CSI PRPC dari Petronas.

 

Program ini kemudian diteruskan dengan aktiviti Focus Group Discussion di mana peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diuruskan oleh 32 pegawai perubatan dan kakitangan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi di pelbagai lokasi di sekitar institut.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBNBP, Zahrin Bin Romli. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat. Dalam ucapannya, Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Petronas serta berharap program berinformasi dan berfaedah ini dapat diteruskan lagi pada masa depan dengan perluasan tajuk berkaitan menangani stress di tempat kerja dan amalan kebersihan dan kesihatan yang perlu dijaga semasa bertugas di bengkel.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 May 2016 21:17:00 +0800
LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’ http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/255-laporan-learning-exchange-programme.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/255-laporan-learning-exchange-programme.html LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’

Disediakan oleh : Encik Datu Asrul Bin Datu Buishlan
Foto : Encik Datu Asrul Bin Datu Buishlan
LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’


Teluk Ramunia, 24 - 25 April 2016 – Program telah dilaksanakan di Tanjung Sepang Resort, Teluk Ramunia. Seramai 69 orang peserta menjayakan program ini iaitu terdiri daripada seorang Ketua Jabatan Perhotelan, 3 orang ketua bahagian perhotelan, 5 orang pegawai praktikal, seorang pemandu dan 60 orang pelajar Jabatan Perhotelan.


Learning Exchange Programme merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhotelan IKBN Bandar Penawar. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal untuk pelajar terhadap Industri Perhotelan dan Pelancongan Malaysia selain menimbulkan ‘surroundings self-awareness’ pelajar Jabatan Perhotelan dalam menghayati alam persekitaran dan seterusnya menimbulkan sikap positif dalam diri.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah Riadah & Sukan, Family day dan Sukaneka, Aktiviti kemasyarakatan : ‘Serve the Nature’. Aktiviti Penutup iaitu Career Talk yang disampaikan oleh Senior Executive Manager Tanjung Sepang Resort Encik Eddie dan lawatan kawasan resort. Pihak hotel membawa para pelajar melihat kesemua jenis bilik dan kemudahan yang disediakan oleh pihak resort dan mendedahkan kepada pelajar secara terus berkenaan pengurusan operasi sesebuah resort yang merangkumi sistem pengemasan bilik yang efisyen dan cara pengendalian operasi penerimaan tempahan bilik daripada tetamu.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 24 Apr 2016 21:09:00 +0800
PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/158-program-run-to-unite-ikbn-bandar-penawar-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/158-program-run-to-unite-ikbn-bandar-penawar-2016.html PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Bandar Penawar, 14 April 2016 – Satu Program yang dikenali sebagai Program Run To Unite IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan pada 14 April baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping mengekalkan kecergasan fizikal. Program ini juga diadakan dengan tujuan untuk mendekati komuniti sekitar IKBN Bandar penawar.


Selain peserta program yang terdiri daripada pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar, penganjuran turut mendapat kerjasama dan sokongan serta penglibatan peserta dari agensi KEJORA, Balai Polis Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, KRAMSAU dan Balai Bomba Bandar Penawar.


Dalam program ini, peserta telah disediakan trek larian dengan jarak 5 km. Lokasi trek ialah di IKBN Bandar Penawar sendiri dan laluan di kawasan perumahan terdekat (Taman Desaru Utama). Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan Muda sesi 1/2016 dan staf IKBN Bandar Penawar.


Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Encik Zahrin Bin Romli, Pengarah IKBN Bandar Penawar yang kemudiannya turut menyertai larian tersebut. Turut menyertai larian ialah Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (HEP) dan Shaidon Borham, Timbalan Pengarah (PL). Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Apr 2016 17:51:00 +0800
PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/157-program-kejohanan-sukan-tertutup-ikbn-bandar-penawar-edisi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/157-program-kejohanan-sukan-tertutup-ikbn-bandar-penawar-edisi-1-2016.html PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudari Nurul Hani binti Ahmad Mohamad

PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016


Bandar Penawar, 18 April 2016 – Satu Program Kejohanan Sukan Tertutup IKBN Bandar Penawar telah diadakan dari 6 hingga 8 April baru-baru ini bagi memupuk budaya sukan dan menerapkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar. Program ini disertai oleh semua pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar, termasuk petugas-petugas daripada kontraktor pembersihan, keselamatan dan dewan makan yang dibahagikan kepada enam kontinjen sukan.


Penganjuran kejohanan sukan pada kali ini tepat pada masanya kerana pihak International Olympic Committee (IOC) telah menetapkan 6 April setiap tahun sebagai International Day of Sports for Development and Peace (IDSDP). Sepertimana yang diketahui, sukan mampu memupuk keamanan dan perpaduan sejagat serta tidak membeza kaum dan budaya.


Pelaksanaan program ini memfokuskan kepada wakil setiap kontinjen diwajibkan menghantar pasukan untuk bertanding dalam enam jenis sukan iaitu futsal (lelaki dan wanita), bola jaring, sepak takraw, bola tampar campuran dan badminton berpasukan. Format pertandingan telah dijalankan secara sistem liga yang dijalankan pada 6 dan 7 April 2016. Juara keseluruhan dinilai berdasarkan mata terkumpul untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pada hari kemuncak pula iaitu 8 April 2016, pertandingan akhir untuk setiap sukan telah dijalankan secara satu persatu. Program ini telah berlangsung di beberapa lokasi seperti kawasan riadah di IKBN Bandar Penawar dan Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar.

 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu, Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (HEP) yang turut sama-sama hadir memberikan sokongan sejak awal pagi. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 06 Apr 2016 17:38:00 +0800
PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/156-program-team-building-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019/item/156-program-team-building-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 18 Januari 2016 – Satu Program Team Building IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 14 hingga 16 Januari baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 113 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 dan 3.

Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan bomball yang berkonsepkan permainan paintball.

Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBNBP dan di sekitar IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 18 Jan 2016 17:19:00 +0800