IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 21 July 2019 18:07

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC)


Johor Bahru, 18 Julai 2019 - Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Johor Bahru dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof dan turut hadir Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail, pegawai-pegawai BPKB, pegawai-pegawai IKBN Bandar Penawar, wakil- wakil Jabatan daripada MBJB, JBSN Johor, Pbsd, JPPH, JBPM, JKPTG, EPU, BPEN, JKPTG dan KPKK.

 

Mesyuarat ini membincangkan mengenai kelulusan dan sokongan bangunan serta pelaksanaan kursus yang akan dijalankan di Permas Jaya bagi membantu para belia bandar Johor Bahru untuk belajar dan mendapatkan kemahiran seterusnya menjadi pekerja mahir ataupun usahawan. Kursus yang bakal ditawarkan di Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) sebagai Kampus Satelit IKBN Bandar Penawar ialah Kursus Pastri, Penyediaan Makanan, Towel Folding dan Fotografi. Manakala kursus bersama industri ialah Pengurusan Kafe (Barista). Semoga dengan adanya Kampus Bandar Raya ini dapat membantu para Belia Bandar Johor Bahru.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 55 times Last modified on Isnin, 22 July 2019 18:12
 
Find us on Facebook
Follow Us