IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 27 January 2019 12:07

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBNBP SESI 1/2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2019


Bandar Penawar, 22 - 24 Januari 2019 - Telah diadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2019. Program telah dihadiri oleh semua warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pegawai, pelajar dan juga pekerja kontraktor yang bertugas dalam IKBN.


Objektif minggu keselamatan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tindakan yang betul apabila menghadapi kejadian berbahaya dan tindakan kecemasan apabila berlaku kemalangan, memberi pengetahuan kaedah pertolongan cemas yang perlu diberikan jika kemalangan berlaku dan cara-cara menggunakan alat pemadam api. Bagi mencapai objektif di atas, latihan secara teori dan amali diberikan kepada peserta selama 2 hari oleh pegawai-pegawai kompeten dari bahagian Health, Safety & Enviroment (HSE) dan Bahgaian Kimpalan, Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar. Latihan-latihan yang dijalankan adalah Latihan pemadaman kebakaran, Latihan ikatan tali, latihan CPR dan penyelamatan dan Latihan ikatan anduh.


Bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang sihat mental dan emosi di IKBN Bandar Penawar,  kursus Pengurusan Stress di Tempat Kerja telah dilaksanakan pada hari ke-3 dengan kehadiran penceramah iaitu Encik Abd Haris Bin Mohd Darudin, pegawai dari unit pengurusan Psikologi, Kementerian Belia dan Sukan.


Secara keseluruhan, program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2019 telah  dilaksanakan dengan sebaiknya serta dapat memberi impak yang positif dalam melahirkan kesedaran tentang keselamatan di tempat kerja kepada semua warga IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim
Foto : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim

Read 168 times Last modified on Rabu, 30 January 2019 12:43
 
Find us on Facebook
Follow Us