Bandar Penawar, 2 Oktober 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menjemput pihak PSMB Johor untuk memberikan penerangan berkaitan program-program yang disediakan untuk industri yang berdaftar dibawah PSMB. Selain itu, IKBN Bandar Penawar juga turut menyampaikan taklimat berkaitan penawaran kursus-kursus yang disediakan kepada industri yang mana boleh menggunakan dana yang dicarum. IKBN Bandar Penawar komited untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai industri dan bekerjasama dalam memberikan latihan yang diperlukan oleh industri. Wakil-wakil Industri yang dihadir dibawa untuk melawat bengkel-bengkel Perhotelan, Hospitaliti dan Minyak & Gas.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah