IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 03 October 2019 15:07

Bed Making Challenge 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bed Making Challenge 2019

Kemasik, 3 Oktober 2019 - Empat orang pelajar bersama lapan orang runner dari jurusan Operasi Pengemasan, Jabatan Perhotelan mewakili IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan yang berupaya mencungkil bakat, kemahiran dan kreativiti pelajar iaitu “Bed Making Challenge 2019” anjuran IKBN Kemasik, Terengganu.

 

Pertandingan telah dijalankan di Dewan Seri Suria IKBN Kemasik dan menyaksikan penyertaan dari pelbagai Institusi pendidikan seperti UiTM, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain. Menerusi pertandingan ini, 2 orang pelajar IKBN Bandar Penawar iaitu Noor Aina binti Md Derus dan Nur Ezzaty binti Mohd Sani telah berjaya memasuki peringkat akhir dan memberikan saingan yang sengit kepada peserta-peserta lain.

 

Semoga pertandingan ini dapat memberi pengalaman yang besar kepada pelajar untuk melakukan persediaan yang lebih mantap pada masa akan datang. Tahniah kepada semua peserta dan pengajar dari IKBN Bandar Penawar kerana telah memberi persaingan yang hebat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 352 times Last modified on Khamis, 07 November 2019 16:25
 
Find us on Facebook
Follow Us