Bandar Penawar, 12 Oktober 2019 - Kursus Homemade Pasta yang diadakan telah dihadiri oleh seramai 7 orang peserta dari komuniti setempat. Tenaga pengajar Encik Mohd Hisamudeen Bin Che Ahmad telah mencurahkan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada semua peserta berkenaan dengan teknik pembuatan pasta. Kursus satu hari ini diharapkan dapat membantu peserta untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kemahiran mereka.Tahniah kepada semua yang terlibat.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah