IKBN



KEMASIK

 
Khamis, 07 January 2021 18:00

Modul Online Tambahan

Written by
Rate this item
(0 votes)

MODUL ONLINE TAMBAHAN

 

Kemasik, 7 Januari 2020 – Pada 4 hingga 7 Januari 2021 lalu, IKBN Kemasik melaksanakan Modul Online Tambahan bagi pelajar baru sesi Julai 2020 bagi bulan Januari sehingga Februari 2021.

Pelajar tersebut telah menjalani kelas secara atas talian sebelum ini pada 1 Oktober sehingga 4 Disember 2020. Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) mengambil inisiatif untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian pada 4 sehingga 29 Januari 2021 bagi Modul TVET prenuer dan 1 sehingga 12 Februari 2021 bagi modul Pengenalan Kepada Revolusi Perindustrian 4.0.

Ini merupakan inisiatif pengisian kepada pelajar sebelum kemasukan fizikal ke Institut Latihan Kementerian Belia & Sukan (ILKBS) pada 01 Mac 2021 akan datang.

 
 
 
Gambar oleh : RAJA AZLAN RAJA ALIAS
  : PEN. PEG. LATIHAN E29
Read 77 times Last modified on Ahad, 17 January 2021 11:15