Kulai, 15 April 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar melalui Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta diwakili oleh Encik Muhamad Faiz, Encik Ammari dan Encik Mohd Zulhilmi telah mengadakan pameran dan promosi pendidikan di SMK Bandar Putra Kulai untuk memberi penerangan berkenaan penawaran kursus-kursus di IKBN Bandar Penawar dan sesi kemasukan. Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Bandar Putra kerana berminat untuk menceburi bidang kemahiran selepas tamat SPM nanti.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah