IKBN Bandar Penawar, 29 September 2020 - Telah berlangsung Sesi demonstrasi dan penyerahan alat External Clamping oleh Encik Mazlan Bin Jaafar kepada Bahagian Kimpalan, Jabatan Minyak dan Gas. External Clamping ini merupakan hasil daripada Kursus Pipe Fitter yang diadakan pada 13 hingga 15 September 2020 yang lepas. Selepas sesi tersebut, telah diadakan Majlis Penutup penyerahan sijil kepada peserta Kursus Pipe Fitter di Pusat Sumber, IKBN Bandar Penawar oleh Tuan Pengarah Encik Mohd Khailani Bin Ismail. Tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan kerjaya di masa akan datang.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah