Desaru, 6-7 Julai 2019 - Seramai 50 orang pelajar dan 8 orang pegawai menjadi sukarelawan bagi acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru di Lotus Desaru Spa & Resort. Program sukarelawan ini memberi pendedahan kepada para pelajar IKBN untuk terlibat secara aktif di peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Program ini secara tidak langsung memupuk para pelajar untuk menguruskan acara dan terlibat dalam aktiviti secara holistik. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pegawai yang terlibat.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah