Johor Bahru, 11 Mei 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai Cabaran Bubur Lambuk Mega Belia Johor 2019 di Angsana Mall, Johor Bahru dengan menghantar seramai 36 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring. Alumni IKBN Bandar Penawar turut hadir sebagai aktiviti pengukuhan Alumni. Pelbagai Agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini yang melibatkan 200 periuk bubur lambuk disediakan serentak. Tahniah kepada para pelajar, pegawai pengiring dan alumni IKBN Bandar Penawar yang terlibat.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah