Kota Tinggi, 25 Mei 2019 - Seramai 25 orang pelajar Jabatan Hospitaliti dan diiringi beberapa pegawai IKBN Bandar Penawar turut serta dalam Program Bubur Lambuk Legasi & Bakul Kasih di Plaza Kota Tinggi hari ni bagi membantu menyedia dan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat. Turut hadir Timbalan Pengarah (HEP), Puan Lim Qwee Buay memeriahkan program tersebut. Para pelajar dan pegawai turut sama berbuka puasa bersama pihak penganjur. Majlis ini adalah anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah