IKBN



KEMASIK

 
Selasa, 05 January 2021 18:00

Pelajar Kembali Semula Ke IKBN Kemasik

Written by
Rate this item
(0 votes)

PELAJAR KEMBALI SEMULA KE IKBN KEMASIK

 

Kemasik, 5 Januari 2021 – Pada 3 Januari 2021 lalu, para pelajar IKBN Kemasik telah kembali semula untuk meneruskan pembelajaran di institut setelah mereka bercuti kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November 2020.

Pelajar memasuki kawasan IKBN Kemasik dengan mengikuti proses yang ketat seperti ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak secara drop-off sahaja. Suhu badan pelajar diambil oleh pegawai petugas. Mereka dikehendaki mengimbas di Sistem MySejahtera dan juga mengisytiharkan status kesihatan dan kebolehjangkitan melalui borang atas talian. Sebelum itu pelajar-pelajar IKBN Kemasik telah dimaklumkan terlebih dahulu proses yang mereka bakal lalui semasa mereka kembali ke IKBN Kemasik melalui media sosial rasmi institut.

 

 
 
 
Gambar oleh : ZULBAHARI AHMAD
  : PEN. PEG. BELIA & SUKAN S38
Read 147 times Last modified on Ahad, 17 January 2021 11:12