Pelajar memasuki kawasan IKBN Kemasik dengan mengikuti proses yang ketat seperti ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak secara drop-off sahaja. Suhu badan pelajar diambil oleh pegawai petugas. Mereka dikehendaki mengimbas di Sistem MySejahtera dan juga mengisytiharkan status kesihatan dan kebolehjangkitan melalui borang atas talian. Sebelum itu pelajar-pelajar IKBN Kemasik telah dimaklumkan terlebih dahulu proses yang mereka bakal lalui semasa mereka kembali ke IKBN Kemasik melalui media sosial rasmi institut.
![]() |
Gambar oleh | : | ZULBAHARI AHMAD |
: | PEN. PEG. BELIA & SUKAN S38 |