IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

PELUANG BIDANG KEMAHIRAN UNTUK LEPASAN SPM

 

Disediakan Oleh : Mohd Hafize Mat Isa

PEKAN, 14 Mac 2019 - Bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan, IKBN Pekan telah mengadakan program promosi kemasukan ke IKBN Pekan sempena penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di 25 buah sekolah sekitar daerah Pekan, Kuantan, Muadzam dan Maran secara serentak, hari ini. 

 

Program promosi kemasukan ke IKBN Pekan ini diadakan adalah untuk membantu belia di luar sana yang masih tercari-cari peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat Tingkatan Lima. Program ini juga berlandaskan saranan Pengarah IKBN Pekan, Yusop Ibrahim bagi mencapai kuota intake dan visibility kepada masyarakat setempat. 

 

Kaunselor SMK Tok Sera, Sharifah pula berkata, program pengembangan minat dan kerjaya sebegini adalah salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran dalam memupuk modal insan yang cemerlang. Beliau dalam ucapannya turut mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak kolej-kolej swasta dan kolej-kolej kemahiran.

 

Seramai 24 orang pegawai, 3 pelajar praktikal dan 46 pelajar IKBN Pekan telah terlibat dalam promosi sempena penyerahan keputusan SPM 2018 dan telah menarik minat pelajar lepasan SPM untuk mengisi borang pemohonan kemasukan ke IKBN Pekan bagi sesi pengambilan akan datang.

 

Read 2717 times Last modified on Jumaat, 22 March 2019 09:34
 
Find us on Facebook
Follow Us