PEMANTAUAN KETUA PENGARAH BPKB KBS BERSAMA PENGARAH IKBNBP KE PROGRAM MFLS KOHORT 3/2018 DI KRAMSAU http://kemahiran.kbs.gov.my Fri, 29 May 2020 21:05:07 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Jelajah Promosi Penawaran Kursus IKBN Bandar Penawar di Sektor Awam dan Swasta Perak http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/jelajah-promosi-penawaran-kursus-ikbn-bandar-penawar-di-sektor-awam-dan-swasta-perak.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/jelajah-promosi-penawaran-kursus-ikbn-bandar-penawar-di-sektor-awam-dan-swasta-perak.html Jelajah Promosi Penawaran Kursus IKBN Bandar Penawar di Sektor Awam dan Swasta Perak

Jelajah Promosi Penawaran Kursus IKBN Bandar Penawar di Sektor Awam dan Swasta Perak

Seri Iskandar, 26-28 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar diwakili 3 pegawai Jabatan Minyak & Gas iaitu Encik Fikri Sham, Encik Shahrul Nizam dan Encik Mohd Akmal mengadakan jelajah promosi bagi penawaran kursus Minyak & Gas di IKBN Seri Iskandar, Sapura Energy, Pejabat Menteri Besar Exco Belia serta Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak.

 

Inisiatif ini adalah untuk memaklumkan bahawa IKBN Bandar Penawar mampu untuk menjadi pusat latihan bagi bidang Minyak & Gas. Penawaran kursus tidak hanya terhad kepada pekerja sektor swasta dan awam, malahan kepada para belia lepasan SPM yang berminat. Jom masuk IKBN Bandar Penawar

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 01 Apr 2019 14:56:08 +0800
Bengkel Pemurnian Dokumen Dan Audit Luaran MS ISO 9001:2015 Daripada IKTBN Pagoh @IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bengkel-pemurnian-dokumen-dan-audit-luaran-ms-iso-9001-2015-daripada-iktbn-pagoh-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bengkel-pemurnian-dokumen-dan-audit-luaran-ms-iso-9001-2015-daripada-iktbn-pagoh-ikbn-bandar-penawar.html Bengkel Pemurnian Dokumen Dan Audit Luaran MS ISO 9001:2015 Daripada IKTBN Pagoh @IKBN Bandar Penawar

Bengkel Pemurnian Dokumen Dan Audit Luaran MS ISO 9001:2015 Daripada IKTBN Pagoh @IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 26 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar memjemput dua orang pegawai daripada IKTBN Pagoh iaitu Encik Mohammad Faiz Bin Shamsuddin selaku Pegawai Kualiti dan Encik Norizam Bin Daim selaku Auditor.

 

Tahniah kepada semua yang terlibat iaitu wakil pengurusan dan semua pemegang prosedur MS ISO 9001:2015 IKBN Bandar Penawar. Seterusnya Pensijilan MS ISO 9001:2015 dan Lawatan Pemantauan daripada pihak Sirim.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 28 Mar 2019 14:50:43 +0800
Lawatan Kerja Setiausaha Agung Persatuan Alumni ILKBS ke IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar.html Lawatan Kerja Setiausaha Agung Persatuan Alumni ILKBS ke IKBN Bandar Penawar

Lawatan Kerja Setiausaha Agung Persatuan Alumni ILKBS ke IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 26 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar menerima kunjungan daripada Setiausaha Agung Persatuan Alumni ILKBS, Encik Saiful Hizam Mansor bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan penglibatan alumni-alumni IKBN Bandar Penawar bersama Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail dan Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS).

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 Mar 2019 14:41:44 +0800
Taklimat Latihan Industri bagi Pelajar Jurusan Penyajian Makanan & Minuman (PMM) Sesi April-Julai 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri-bagi-pelajar-jurusan-penyajian-makanan-minuman-pmm-sesi-april-julai-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri-bagi-pelajar-jurusan-penyajian-makanan-minuman-pmm-sesi-april-julai-2019.html Taklimat Latihan Industri bagi Pelajar Jurusan Penyajian Makanan & Minuman (PMM) Sesi April-Julai 2019

Taklimat Latihan Industri bagi Pelajar Jurusan Penyajian Makanan & Minuman (PMM) Sesi April-Julai 2019

Bandar Penawar, 24 Mac 2019 - Pegawai Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS), Encik Muhamad Faiz telah menyampaikan taklimat berkenaan persediaan pelajar Jurusan Penyajian Makanan & Minuman (PMM) tahap 3 bagi Latihan Industri sesi April-Julai 2019. Selain itu, bacaan ikrar daripada pelajar seramai 19 orang agar menjalani Latihan Industri dengan lancar dan jayanya selama 3 bulan.

 

Tahniah diucapkan kepada para pelajar kerana berjaya menjalani latihan selama berada di IKBN Bandar Penawar. Diharap para pelajar berjaya dalam bidang yang dipelajari dan menjadikan bidang kemahiran TVET sebagai batu loncatan di dalam industri Hospitaliti yang dipilih. Jom Masuk IKBN Bandar Penawar sementara pendaftaran masih dibuka sehingga 2 April 2019.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 25 Mar 2019 14:36:06 +0800
Lawatan Kerja NIOSH Senai Wilayah Selatan ke IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-niosh-senai-wilayah-selatan-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-niosh-senai-wilayah-selatan-ke-ikbn-bandar-penawar.html Lawatan Kerja NIOSH Senai Wilayah Selatan ke IKBN Bandar Penawar

Lawatan Kerja NIOSH Senai Wilayah Selatan ke IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 21 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak NIOSH ke institut bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan untuk bekerjasama bagi pelaksanaan kursus yang berkaitan seperti OGSP, SSS, Scaffolding dan lain-lain. Sesi lawatan dan perbincangan di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Mohd Sopian mewakili Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar.

 

Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar Boleh hubungi IKBN Bandar Penawar sekiranya berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak NIOSH kerana berminat untuk bekerjasama dengan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 21 Mar 2019 14:33:25 +0800
PROGRAM IKBN IDOL IKBN BANDAR PENAWAR 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ikbn-idol-ikbn-bandar-penawar-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ikbn-idol-ikbn-bandar-penawar-2019.html PROGRAM IKBN IDOL IKBN BANDAR PENAWAR 2019

PROGRAM IKBN IDOL IKBN BANDAR PENAWAR 2019


Bandar Penawar, 21 Mac 2019 – Program IKBN IDOL 2019 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan Kerjsama Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan  Muda, Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Keusahawanan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada  19 Mac 2019 peringkat saringan dan 20 Mac 2019 peringkat Akhir.


Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dalam menganjurkan sesebuah program disamping melahirkan pelajar yang berbakat serta berkeyakinan dalam pelbagai aspek. Program ini disertai oleh seramai 36 orang pelajar daripada semua jurusan. Kategori yang dipertandingkan adalah Solo Bahasa Melayu, Solo Bahasa Inggeris dan Kategori Duet. Program telah dirasmikan oleh Y.Bhg Encik Sopian bin Ibrahim, wakil rasmi Pengarah IKBN Bandar Penawar Encik Mohd Khailani Bin Ismail.


Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.


Disediakan oleh : Puan Noordiana binti Mohamed Salleh
Foto : Biro Dokumentasi MPP

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 21 Mar 2019 16:23:13 +0800
Lawatan Kerja Petrominwork Sdn. Bhd. ke IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-petrominwork-sdn-bhd-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-petrominwork-sdn-bhd-ke-ikbn-bandar-penawar.html Lawatan Kerja Petrominwork Sdn. Bhd. ke IKBN Bandar Penawar

Lawatan Kerja Petrominwork Sdn Bhd ke IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 19 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak Petrominwork Sdn. Bhd. ke institut bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di Johor seiring dengan keperluan Industri Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas di Pengerang, Johor.


Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak Petrominwork Sdn. Bhd. diwakili oleh Puan Rahimah berminat untuk menjalankan kursus berkaitan Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas di IKBN Bandar Penawar bagi keperluan pekerjaan di Desaru Coast dan Rapid Pengerang. Pihak Petrominwork berhasrat untuk membantu penduduk Johor amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pekerjaan di Desaru Coast dan Pengerang. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Petrominwork Sdn. Bhd. kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 21 Mar 2019 16:15:12 +0800
Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (HEP) Sempena Kenaikan Pangkat di Bahagian Pembangunan Sukan KBS Anjuran Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perpisahan-timbalan-pengarah-hep-sempena-kenaikan-pangkat-di-bahagian-pembangunan-sukan-kbs-anjuran-kelab-kakitangan-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perpisahan-timbalan-pengarah-hep-sempena-kenaikan-pangkat-di-bahagian-pembangunan-sukan-kbs-anjuran-kelab-kakitangan-ikbn-bandar-penawar.html Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (HEP) Sempena Kenaikan Pangkat di Bahagian Pembangunan Sukan KBS Anjuran Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar

Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (HEP) Sempena Kenaikan Pangkat di Bahagian Pembangunan Sukan KBS Anjuran Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 18 Mac 2019 - Tahniah diucapkan kepada Encik Lim Chow Kiat, mantan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Bandar Penawar diatas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan di KBS. Majlis yang diadakan di Pearl Coffee House, Jabatan Hopitaliti bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 1.30 petang.

 

Majlis diraikan oleh Tuan Pengarah dan seluruh warga IKBN Bandar Penawar dan terima kasih di atas jasa beliau sepanjang berkhidmat di IKBN Bandar Penawar. Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dan diringi oleh Pengerusi Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah. Selain itu, cenderahati disampaikan oleh wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Mohd Akmal Adha.

 

Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Encik Lim Chow Kiat di atas kenaikan pangkat beliau.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Mar 2019 15:57:19 +0800
SEMINAR IECEX OLEH SIRIM DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/seminar-iecex-oleh-sirim-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/seminar-iecex-oleh-sirim-di-ikbn-bandar-penawar.html SEMINAR IECEX OLEH SIRIM DI IKBN BANDAR PENAWAR

SEMINAR IECEX OLEH SIRIM DI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 18 Mac 2019 - Seminar IECEx Scheme For Certification of Personnel Competence telah diadakan oleh pihak SIRIM dan dihadiri oleh pekerja-pekerja yang terlibat dalam bidang Minyak & Gas. Seminar ini diadakan adalah untuk mencapai objektif dan penerangan berkaitan keperluan Industri yang mempunyai potensi hazard yang berkaitan dengan risiko berkaitan IECEx. SIRIM QES Malaysia adalah satu-satunya badan yang bertauliah untuk memastikan standard International Electrochinal Commision System For Certification to Standards berkaitan standard peralatan dan COPc (Certification of Personnel Competencies) di Asia Tenggara.

 

IKBN Bandar Penawar memainkan peranan sebagai institusi pertama yang menjalankan program IECEC bersama pihak SIRIM QES. Pada tahun 2018, seramai 25 orang peserta telah menjalankan latihan dan menduduki peperiksaan bagi unit 001 (Apply Basic Principles Of Protection In Explosive Atmosphere) dan mendapat tauliah dari IECUK (United Kingdom). Terima kasih kepada Encik Akmal Noordin di atas kerjasama yang dijalinkan di antara IKBN Bandar Penawar dan SIRIM.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Mar 2019 17:19:29 +0800
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar.html MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN BANDAR PENAWAR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN BANDAR PENAWAR


Banadar Penawar, 17 Mac 2019 – Selasa, Majlis Perhimpunan Bulanan IKBN Bandar Penawar (Bulan Mac 2019) telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Majlis tersebut dianjurkan menerusi kerjasama Jabatan Perhotelan dan Unit CPKK yang bertemakan “It starts with us”. Secara amnya, pengisian perhimpunan bulanan ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan warga IKBN Bandar Penawar untuk mencapai keharmonian dalam persekitaran kerja ataupun persekitaran sosial yang lebih baik dan tidak mudah untuk terpengaruh dengan isu-isu negatif yang kian tular di media sosial.


Aktiviti pelancaran perasmian serta penyerahan dokumen MS IS0 9001:2015 IKBN Bandar Penawar 2019 telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Mohd Khailani bin Ismail (Pengarah IKBN BP) bersama-sama En. Sopian Bin Ibrahim (Timbalan Pengarah IKBNBP) dan En. Datu Asrul Bin Datu Buishlan (Pegawai Kualiti). Seterusnya, majlis tersebut diceriakan lagi dengan penganugerahan pekerja bulanan terbaik, pelajar terbaik jurusan, cabutan bertuah dan sambutan kelahiran bagi warga IKBN BP dari bulan Disember 2018 hingga bulan Mac 2019.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

 

MONTHLY ASSEMBLY OF IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 17 March 2019 - Tuesday, the Monthly Assembly of IKBN Bandar Penawar (March 2019) has been successfully implemented in the Multipurpose Hall of the Bandar Penawar IKBN. The event was organized through the cooperation of the Hotel Department and CPKK Unit of IKBN Bandar Penawar with the theme "It starts with us". Generally, this monthly gathering is to foster awareness amongst the Bandar Penawar IKBN citizens (staffs and students) to achieve harmony in a working environment or a better social environment and not easily to be affected by the increasingly negative issues in social media.


Launching ceremony and submission of MS IS0 9001: 2015 IKBN Bandar Penawar 2019 was successfully inaugurated by Mr. Mohd Khailani bin Ismail (Director of IKBN BP) together with Mr. Sopian Bin Ibrahim (Deputy Director of IKBNBP) and En. Datu Asrul Bin Datu Buishlan (Quality Officer). Furthermore, the ceremony was further enhanced by the award of the best employees of the month, best student according to each courses, lucky draws and birthday’s celebration for IKBN BP citizens (staff and students) from December 2018 to March 2019.

 

Prepared by : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Photo : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 18 Mar 2019 16:34:27 +0800