PEMANTAUAN KETUA PENGARAH BPKB KBS BERSAMA PENGARAH IKBNBP KE PROGRAM MFLS KOHORT 3/2018 DI KRAMSAU http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 27 Feb 2020 04:14:16 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Karnival Kerjaya di Ekspo Johor Berkemajuan 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/karnival-kerjaya-di-ekspo-johor-berkemajuan-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/karnival-kerjaya-di-ekspo-johor-berkemajuan-2017.html Karnival Kerjaya di Ekspo Johor Berkemajuan 2017

Karnival Kerjaya di Ekspo Johor Berkemajuan 2017
Disediakan oleh : Norashikin Binti Rambat


8 Oktober 2017, Dataran Mahkota, Kota Iskandar Johor - Ekspo Johor Berkemajuan 2017 telah bermula dari 6 hingga 14 Oktober. Antara aktiviti yang disertai oleh IKBN Bandar Penawar ialah Karnival Kerjaya.

 

Pengunjung yang hadir ke booth IKBN Bandar Penawar berminat untuk mengetahui mengenai kemasukan, program-program tajaan dan melihat macam-macam aktiviti yang IKBN laksanakan.


Di sini kami juga mengadakan Demo Fruit Carving pada hari Ahad  8 Oktober 2017 dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, manakala pada jam 1 tengah hari hingga 3 petang diadakan Demo Strobist & Studio Lighting. Ramai pengunjung yang hadir memeriahkan lagi acara yang diadakan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 08 Oct 2017 15:04:47 +0800
Permohonan Kemasukan Bagi Sesi Januari 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/permohonan-kemasukan-bagi-sesi-januari-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/permohonan-kemasukan-bagi-sesi-januari-2018.html

Permohonan Kemasukan Bagi Sesi Januari 2018
Disediakan oleh : Norashikin Binti Rambat

4 Oktober 2017, IKBN Bandar Penawar  - Kini dibuka untuk permohonan kemasukan ke IKBN Bandar Penawar bagi Sesi Januari 2018. Permohonan boleh dibuat Melalui Portal http://ekampus.kbs.gov.my mulai 4 Oktober hingga 8 November 2017.


Kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar ialah  Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri) SHP 03, Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti Kaunter Hadapan - Front Office) SHH 03 dan Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Pengemasan - Housekeeping) SHK 03.


Bagi yang berminat syarat-syarat permohonan ialah berumur 18-30 tahun, tamat Tingkatan 5, sihat tubuh badan, bebas najis dadah dan masih Bujang. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengambilan Pelajar IKBN Bandar Penawar.


IKBN Bandar Penawar membuka peluang ini supaya dapat melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran dan berkebolehan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 04 Oct 2017 14:52:13 +0800
Temuduga Terbuka Program Bootcamp Scaffolding http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/temuduga-terbuka-program-bootcamp-scaffolding.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/temuduga-terbuka-program-bootcamp-scaffolding.html Temuduga Terbuka Program Bootcamp Scaffolding

Temuduga Terbuka Program Bootcamp Scaffolding
Disediakan oleh : Norashikin Binti Rambat

21-23 Ogos 2017, IKBN Bandar Penawar – Hari ini diadakan Temuduga Terbuka bagi Program Bootcamp Scaffolding di IKBN Bandar Penawar. Terbuka kepada semua, kekosongan adalah sangat terhad. Antara syarat-syarat kemasukan ialah tamat Tinggkatan 5, boleh membaca menulis dan mengira, berumur diantara 18 hingga 40 tahun, berpewatakan positif, sedia berkerja dalam kumpulan, sedia berkerja mengikut syif, sihat mental dan fizikal, tiada rekod jenayah, bebas dari penyalahgunaan dadah dan tidak takut pada ketinggian.

 

Program ini akan berlangsung selama 3 bulan. Pegawai yang menyelaras ialah Encik Mohd Nasrul Bin Ismail.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 21 Aug 2017 13:41:25 +0800
Kursus Pendek Basic Variety Of Towel Folding http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-pendek-basic-variety-of-towel-folding.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-pendek-basic-variety-of-towel-folding.html

Kursus Pendek Basic Variety Of Towel Folding
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat


19 Ogos 2017, IKBN City Campus Bizpark, Ulu Tiram - IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus jangka pendek yang sering menjadi permintaan ramai dan industri kini. Kursus Basic Variety Of Towel Folding yang diadakan hari ini boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat yang berkelapangan.

Kursus dilaksanakan di IKBN City Campus Bizpark, Ulu Tiram bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Penyertaan adalah terhad bergantung kepada kekosongan. Antara kemudahan yang disediakan ialah pengajar yang berkemahiran, bilik kuliah yang selesa, dan sijil penyertaan kursus. Pegawai penyelaras bagi kursus Basic Variety Of Towel Folding ialah Encik Abun Anak Simpo.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 19 Aug 2017 13:33:43 +0800
Kursus Pendek di IKBN City Campus Bizpark, Ulu Tiram http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-pendek-di-ikbn-city-campus-bizpark-ulu-tiram.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-pendek-di-ikbn-city-campus-bizpark-ulu-tiram.html

Kursus Pendek di IKBN City Campus Bizpark, Ulu Tiram
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

12 Ogos 2017, IKBN City Campus Bizpark, Ulu Tiram - IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus jangka pendek yang sering menjadi permintaan ramai dan industri kini. Kursus pendek Cupcake Decoration dan Kursus 101 Arts of Photography & Fundamental In Cinematography yang diadakan hari ini boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat yang berkelapangan.

 

Kursus dilaksanakan di IKBN City Campus Bizpark, Ulu Tiram bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Penyertaan adalah terhad bergantung kepada kekosongan. Antara kemudahan yang disediakan ialah pengajar yang berkemahiran, bilik kuliah yang selesa, dan sijil penyertaan kursus. Pegawai penyelaras bagi kursus Cupcake Decoration ialah Puan Zufeesya Binti Zainalabidin manakala bagi kursus 101 Arts of Photography & Fundamental In Cinematography ialah Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 12 Aug 2017 12:50:36 +0800
PERTANDINGAN KLIP VIDEO KREATIF ILKBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-klip-video-kreatfi-ilkbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-klip-video-kreatfi-ilkbs.html PERTANDINGAN KLIP VIDEO KREATIF ILKBS

PERTANDINGAN KLIP VIDEO KREATIF ILKBS

Disediakan Oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

 

3 Ogos 2017, PUTRAJAYA - Penyampaian hadiah pemenang pertandingan Klip Video Kreatif ILKBS telah diadakan semasa Perhimounan Bulanan KBS di sini pagi tadi. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut mengiringi beliau adalah Pn Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan Dr Hajah Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar ILKBS untuk menggalakkan kreativiti dalam mempromosikan kursus-kursus kemahiran yang sedang mereka pelajari dan ILKBS. Muhammad Hamizan bin Azha dan Nur Fatin Suhada daripada KBN Kemasik memenangi tempat pertama dan Che Mohamad Lutfi Hayyqufflran dan Nor Habibah Chr Tomeli juga dari daripada IKBN Kemasik mendapat tempat ketiga. Manakala Muhammad Ainul Syafiq bin Ramli dan Mathumeena a/p Anthony daripada IKBN Bandar Penawar mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 

Penghasilan Klip Video Kreatif menggalakan pelajar menafaatkan penggunaan kemajuan teknologi terkini bagi menghasilkan video kreatif yang menarik. Mereka bertungkus-lumus memerah idea dan mengasah bakat masing-masing dengan bantuan rakan dan pengajar mereka. Di harap pada masa akan datang pertandingan ini akan menarik lebih banyak penyertaan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 03 Aug 2017 10:37:41 +0800
TAKLIMAT TRANSFORMASI NASIONAL 2050 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-transformasi-nasional-2050.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-transformasi-nasional-2050.html TAKLIMAT TRANSFORMASI NASIONAL 2050

TAKLIMAT TRANSFORMASI NASIONAL 2050

Disediakan Oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad

BANDAR PENAWAR, 30 JULAI 2017 – Selaras dengan pelancaran Transformasi Nasional 2050 atau dikenali sebagai TN50 pada 19 Januari 2017 yang lalu, satu program Taklimat Transformasi Nasional 2050 telah diadakan bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar. Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh bin Haji Ghazali telah menyampaikan taklimat tersebut yang menfokuskan kepada seluruh warga IKBN Bandar Penawar secara amnya dan para pelajar IKBN Bandar Penawar secara khususnya.

 

Program yang diadakan di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar ini bertujuan untuk memberi penerangan secara lebih jelas kepada belia mengenai hasrat dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan TN 50. Pada masa yang sama, taklimat ini juga menjadi medium atau saluran kepada pihak IKBN Bandar Penawar untuk mengumpulkan aspirasi dan pandangan dari para pelajar untuk dijadikan sebagai hala tuju negara menjelang tahun 2050.

 

Selepas sesi taklimat, terdapat beberapa soalan bernas daripada para peserta yang telah dibincangkan bersama Tuan Pengarah dalam memberi gambaran jelas mengenai matlamat sebenar TN 50 ini. Semoga pelbagai idea dan aspirasi bernas yang dikumpulkan mampu mencorakkan hala tuju pembangunan negara pada tahun 2050 nanti.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 30 Jul 2017 11:56:00 +0800
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA IKBN BP VS SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perlawanan-persahabatan-bola-sepak-antara-ikbn-bp-vs-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perlawanan-persahabatan-bola-sepak-antara-ikbn-bp-vs-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-bandar-penawar.html PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA IKBN BP VS SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL BANDAR PENAWAR

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA IKBN BP VS SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Kelab Bolasepak IKBN Bandar Penawar
Foto : Encik Mohd Junaidi bin Samsudeen

Bandar Penawar, 19 Julai 2017 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak yang melibatkan pelajar dan kakitangan IKBN Bandar Penawar menentang pasukan bolasepak Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar telah diadakan baru-baru ini sebagai salah satu langkah untuk membudayakan sukan dikalangan warga IKBN Bandar Penawar disamping mengeratkan hubungan IKBN Bandar Penawar dengan sekolah di sekitar kawasan tempatan.


Perlawanan yang diadakan di Padang Bola Sepak Sintetik SSTMI Bandar Penawar ini berlangsung pada jam 5.30 petang dan telah dimenangi oleh pasukan bolasepak SSTMI Bandar Penawar dengan keputusan 2-0. Tahniah diucapkan kepada kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan baik sepanjang perlawanan diadakan. Semoga perlawanan seumpanya dapat diadakan lagi di masa akan datang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 19 Jul 2017 15:42:00 +0800
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAKAR LEMANG DAN MEMASAK RENDANG UNTUK KAKITANGAN DAN STAFF KONTRAKAKTOR IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-gotong-royong-membakar-lemang-dan-memasak-rendang-untuk-kakitangan-dan-staff-kontrakaktor-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-gotong-royong-membakar-lemang-dan-memasak-rendang-untuk-kakitangan-dan-staff-kontrakaktor-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAKAR LEMANG DAN MEMASAK RENDANG UNTUK KAKITANGAN DAN STAFF KONTRAKAKTOR IKBN BANDAR PENAWAR

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAKAR LEMANG DAN MEMASAK RENDANG UNTUK KAKITANGAN DAN STAFF KONTRAKAKTOR IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari


Bandar Penawar, 20 Jun 2017 – Ahli Jawatankuasa Surau IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa MBJ (Pekerja) IKBN Bandar Penawar telah mengadakan program gotong-royong membakar lemang dan memasak rendang yang bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar untuk meraikan kakitangan IKBN Bandar Penawar dan staff kontarktor yang masih bertugas agar kemeriahan sambutan 1 Syawal dapat dirasai bersama.


Program telah bermula pada 18 Jun 2017 lagi dengan pencarian buluh lemang di Felda Sening Kota Tinggi. Sebanyak 106 batang buluh diperolehi secara gotong-royong dengan bantuan peneroka di sana. Pada 19 Jun 2017 program diteruskan dengan penyediaan daun pisang di sekitar Kuarters dan aktiviti mencari Kayu Api di sekitar Bandar Penawar secara bergotong-royong. Pada 20 Jun 2017 jam 8.30 pagi program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Kamarul Ariffin bin Muhamad Salim di Surau IKBN Bandar Penawar.


Encik Mahathir bin Mohamad mengetuai program ini memberi sedikit taklimat dan demotrasi penyediaan lemang. Semua kakitangan berpeluang mempelajari cara penyediaan lemang dan rendang dengan lebih praktikal. Batang buluh lemang yang telah dipotong mengikut ruas perlu dialas dalamnya dengan daun pisang yang digulung terlebih dahulu, seterusnya beras pulut dimasukan ke dalam buluh lemang. Kemudian santan kelapa yang telah disukat dimasuk ke dalam buluh dan perlu ditambah semasa proses pembakaran. Semasa proses pembakaran kawalan api adalah sangat penting bagi menggelakkan lemang pulut hangus.


Program ini berakhir pada jam lebih kurang 3.00 petang dengan pembahagian lemang dan rendang yang telah dibakar dan dimasak kepada setiap kakitangan sebagai juadah berbuka puasa. Program ini dapat mengeratkan hubungan siratulrahim dikalangan semua kakitangan yang terlibat, kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 20 Jun 2017 12:53:00 +0800
PROGRAM KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN MOREH PERDANA IKBN BANDAR PENAWAR 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-khatam-al-quran-berbuka-puasa-solat-terawih-dan-moreh-perdana-ikbn-bandar-penawar-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-khatam-al-quran-berbuka-puasa-solat-terawih-dan-moreh-perdana-ikbn-bandar-penawar-2017.html PROGRAM KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN MOREH PERDANA IKBN BANDAR PENAWAR 2017

PROGRAM KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN MOREH PERDANA IKBN BANDAR PENAWAR 2017
Disediakan oleh : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari


Bandar Penawar, 15 Jun 2017 – Bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar satu program anjuran Ahli Jawatankuasa Surau dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Bandar Penawar telah berkerjasama menjayakan program Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Moreh Perdana sempena sambutan kedatangan Nuzul Al-Quran.

 

Majlis bermula jam 4.25 petang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Jailani Bin A Jamil selaku Naib Pengerusi AJK Surau IKBN Bandar Penawar. Program dimulai dengan solat Asar berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh 11 orang wakil pelajar lelaki. Program diteruskan dengan bacaan yassin dan tahlil bagi tujuan sedekah kepada saudara mara dikalangan pelajar dan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Setelah itu program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program Tadarus Al-Quran dan Katam Al-Quran. Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Puan Maslizawati bagi pelajar perempuan manakala Encik Jailani menyampaikan cenderahati kepada pelajar lelaki.


Program diteruskan dengan sesi bermaaf-maafan dikalangan pelajar dan kakitangan. Hari ini merupakan hari terakhir pelajar berada di IKBN Bandar Penawar dan esok mereka akan bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Setelah itu semua pelajar dan kakitangan bergerak ke Dewan Makan bagi persiapan Majlis berbuka puasa dengan sedikit jamuan ringan iaitu kurma dan kuih-muih. Selesai berbuka program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah dan selesai solat program diteruskan kembali menjamu selera di Dewan Makan IKBN Bandar Penawar.


Selepas majlis menjamu selera, program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan Solat Terawih Berjemaah. Majlis ditamatkan dengan jamuan Moreh bersama pelajar dan kakitangan pada jam 9.45 malam. Program ini berjalan lancar dengan seramai 15 orang kakitangan IKBNBP dan 99 orang pelajar terlibat.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 15 Jun 2017 16:48:00 +0800