IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 17 January 2017 17:17

PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2017
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan Bin Ahmad IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 17 Januari 2017 – Satu sesi Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah diadakan bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan yang baru untuk menerajui para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pada masa yang sama, pemilihan ini perlu diadakan kerana sejumlah besar Ahli Majlis Tertinggi yang lama telah menamatkan pengajian di IKBN Bandar Penawar pada bulan Disember 2016.


Sesi pemilihan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan telah berjalan dengan lancar. Menerusi pemilihan yang diadakan menggunakan sistem penamaan calon secara demokrasi dan pengundian menggunakan peti undi, saudara Nur Muhammad Fikry bin Zamri telah dipilih sebagai Presiden MPP IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2017. Manakala saudara Mohammad Irfan Addli bin Abd Hussin pula telah dipilih sebagai Pengerusi SRM IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2017.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baru dan semoga mereka akan dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dan pada masa yang sama, bekerjasama dengan pihak pengurusan IKBN Bandar Penawar khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam apa jua perkara yang melibatkan para pelajar.

Read 1610 times
 
Find us on Facebook
Follow Us