IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

PENDAFTARAN DAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2020

 

Disediakan Oleh : Faizal Bakar

PEKAN, 9 Januari 2020 - Seramai 59 orang pelajar baharu telah melaporkan diri ke Institut Kemahiran Belia Negara Pekan pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1/2020. Pendaftaran pelajar baru ini berlangsung pada 6 Januari 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Pekan.

 

Pendaftaran pelajar baharu ini melibatkan empat (4) jurusan iaitu Jurusan Pembaikan Struktur Pesawat Sheet Metal, Pembaikan Struktur Pesawat Komposit, Fabrikasi Paip dan Fabrikasi Vessel Rendah.  Minggu Paradigma pelajar baharu ini bermula pada sesi petang setelah selesai sesi pendaftaran tersebut. Para pelajar diberi aktiviti suai kenal, taklimat peraturan dan pelbagai aktiviti sepanjang 7 hari minggu paradigma berlangsung.

Read 93 times Last modified on Khamis, 23 January 2020 10:06
 
Find us on Facebook
Follow Us