IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 03 January 2018 10:19

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018

BANDAR PENAWAR, 3 Januari 2018 – Seramai 45 orang pelajar baru telah mendaftar masuk di IKBN Bandar Penawar. Kursus yang dibuka untuk pengambilan pada kali ini adalah Sijil Teknologi Hospitaliti Penyediaan Pastri, Sijil Teknologi Hospitaliti Pengemasan Housekeeping, Sijil Teknologi Hospitaliti Perkhidmatan Kaunter Hadapan.

 

Bermula jam 8.00 pagi pelajar bersama-sama ibu bapa telah memenuhi ruang Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar untuk membuat pendaftaran. Kemudian pelajar akan ke asrama untuk mendaftar masuk asrama dan seterusnya ke Bilik ICT untuk mendaftar masuk Sistem eKampus. Pada jam 11.00 pagi semua pelajar dan ibu bapa penjaga dikehendaki ke Dewan Serbaguna semula untuk mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

 

Tepat jam 12.00 tengahari Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru diadakan secara ringkas dan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar menyediakan fasiliti dan bengkel yang serba lengkap untuk pelajar selain pelajar menerima elaun, makan minum 5x sehari dan penginapan secara percuma.
 
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 736 times Last modified on Ahad, 14 January 2018 10:21
 
Find us on Facebook
Follow Us