IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 14 June 2022 09:34

PENYERTAAN PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR KE KEJOHANAN MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) DAERAH KOTA TINGGI 2022

Written by
Rate this item
(0 votes)
UNGGUL: Para pemain bersedia untuk memulakan aksi Futsal Wanita di Kejohanan Malaysia Sports League Daerah Kota Tinggi 2022. UNGGUL: Para pemain bersedia untuk memulakan aksi Futsal Wanita di Kejohanan Malaysia Sports League Daerah Kota Tinggi 2022.

KOTA TINGGI, 11 Jun 2022 – Program ini telah dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi (PBSDKT) dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Johor Bahru bermula pada 4 Jun 2022 hingga 11 Jun 2022. Seramai 38 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam 4 kategori yang telah dipertandingkan iaitu, Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Bola Jaring dan Sepak Takraw.

Objektif utama penyertaan pelajar adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka akan situasi perlawanan sebenar yang lebih kompetitif serta sebagai latihan kepada pelajar untuk menghadapi kejohanan Sukan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) pada bulan September nanti.

 Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah memberikan saingan dan komitmen yang jitu dalam kejohanan ini. Diharap dengan penyertaan ini dapat membantu para pelajar terus lebih aktif dan sihat pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar

Read 7068 times Last modified on Selasa, 14 June 2022 09:41