IKBN



BANDAR PENAWAR

 
IKBN Bandar Penawar

IKBN Bandar Penawar (398)

Permas Jaya, 10 Ogos 2022 - Tahniah diucapkan kepada para peserta Program Pengurusan Kafe (Barista) Siri 1 di Akademi Barista Richiamo Coffee, Kampus Bandar Raya Johor Bahru yang berlangsung selama 3 bulan.
Bandar Penawar, 15 Ogos 2022 - Sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu IKBN Bandar Penawar berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saipuddin Bin Zakaria serta para pegawai IKBN Bandar Penawar.

DESARU, KOTA TINGGI, 31 JULAI 2022 – Berlabuh sudah tirai bagi program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 28 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi. Program ini anjuran IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi.

Objektif utama program ini adalah memantapkan nilai-nilai kepimpinan para MPP dalam mengurus tadbir organisasi dan pelajar. Program ini melibatkan penyertaan 65 orang MPP dari 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar. Seramai 12 orang fasilitator dan urus setia telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. Program ini juga turut melibatkan penceramah jemputan bagi pengisian dan perkongsian dalam pelbagai topik yang menarik.


Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam program ini. Diharap dengan penyertaan kali ini dapat membuka satu platform kepada semua MPP ILKBSZon Selatan untuk pencambahan idea dan pendapat serta mampu melahirkan pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Program ini berakhir dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong Pn. Mahanum binti Fauzi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan En. Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.

 Kota Tinggi, 16 Jun 2022 – Sebanyak 5 team dari IKBN Bandar Penawar telah pergi ke 5 buah sekolah menengah jemputan sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar sempena pengumuman keputusan SPM tahun 2022.

Khamis, 16 June 2022 15:39

Career Live@Westin Desaru

Written by

The Westin Desaru Coast, 15 Jun 2022 - Seramai 35 orang pelajar semester akhir dari Jurusan Pengemasan, Kaunter Hadapan dan Penyediaan Makanan bersama 5 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Career Live @Westin anjuran The Westin Desaru Coast Resort.

 Terangganu,5 Jun 2022 - Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) bidang Kimpalan telah berlangsung di Akedemi Binaan Malaysia ( ABM) Wilayah Timur, Terengganu.
IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan WSMB buat julung kalinya pada kali ini.Dua orang peserta diwakili oleh Muhammad Amin Bin AB Hamid dan Muhammad Hafiz Bin Yawahir. Jurulatih yang telah banyak memberi tunjuk ajar peserta adalah En Hairil Anuar Bin Hashim. Turut mengiringi pengurus pasukan Ts Mohd Sopian Bin Ibrahim.
 
Pelbagai agensi pusat latihan kemahiran menyertai pertandingan ini. Terdapat lebih 60 peserta bersaing di peringkat kelayakan. Menariknya peserta wanita turut bersaing dalam WSMB kali ini.
Semoga team Kimpalan IKBNBP beroleh kejayaan dan seterusnya memasuki peringkat akhir nanti.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kimpalan

 Terangganu,5 Jun 2022 - Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) bidang Kimpalan telah berlangsung di Akedemi Binaan Malaysia ( ABM) Wilayah Timur, Terengganu.
IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan WSMB buat julung kalinya pada kali ini.Dua orang peserta diwakili oleh Muhammad Amin Bin AB Hamid dan Muhammad Hafiz Bin Yawahir. Jurulatih yang telah banyak memberi tunjuk ajar peserta adalah En Hairil Anuar Bin Hashim. Turut mengiringi pengurus pasukan Ts Mohd Sopian Bin Ibrahim.
 
Pelbagai agensi pusat latihan kemahiran menyertai pertandingan ini. Terdapat lebih 60 peserta bersaing di peringkat kelayakan. Menariknya peserta wanita turut bersaing dalam WSMB kali ini.
Semoga team Kimpalan IKBNBP beroleh kejayaan dan seterusnya memasuki peringkat akhir nanti.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kimpalan

Banda Penawar, 02 Jun 2022 - Seramai 20 orang pelajar dan pengajar daripada IKBN Sri Iskandar telah menyertai kursus asas pertolongan cemas yang dianjurkan oleh Bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar pada 2 Jun 2022 yang lalu. Kursus diakhiri dengan lawatan ke Galeri Petronas dan RAPID, Pengerang pada hari berikutnya. Terima kasih atas kepercayaan kepada Team HSE IKBN Bandar Penawar.

Untuk makluman, IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus -kursus pendek dlaam bidang kesihatan dan keselamatan. Salah satu daripadanya adalah kursus asas pertolongan cemas yang dibuka khas dengan harga promosi rm50.00 kepada pelajar dan pengajar ILKA. Untuk tempahan tempat, sila hubungi en. Mohamad Akmal bin Noordin di talian 019-758 8592.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekitar

Bandar Penawar, 14 Jun 2022 - Myfuture Youth Plus sedang berlangsung di IKBN Bandar Penawar bermula 12-16 Jun 2022. Program yang dilaksanakan oleh Bahagian HSE ini melibatkan 2 kursus iaitu Customised Hse & Oil & Gas Safety Passport (OGSP) melibatkan 10 peserta dan fire watcher & working at height customised programme melibatkan 12 peserta. Tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai program ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus pendek bahagian kesihatan,keselamatan dan alam sekitar, boleh whatsapp 0125748613.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekita

Halaman 1 dari 29