PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 18 Aug 2022 13:25:02 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) SIRI 1 ANJURAN KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DAN RICHIAMO COFFEE SDN BHD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5501-majlis-tamat-latihan-dan-penyampaian-sijil-program-pengurusan-kafe-barista-siri-1-anjuran-kampus-bandar-raya-johor-bahru-dan-richiamo-coffee-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5501-majlis-tamat-latihan-dan-penyampaian-sijil-program-pengurusan-kafe-barista-siri-1-anjuran-kampus-bandar-raya-johor-bahru-dan-richiamo-coffee-sdn-bhd.html MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) SIRI 1 ANJURAN KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DAN RICHIAMO COFFEE SDN BHD
Permas Jaya, 10 Ogos 2022 - Tahniah diucapkan kepada para peserta Program Pengurusan Kafe (Barista) Siri 1 di Akademi Barista Richiamo Coffee, Kampus Bandar Raya Johor Bahru yang berlangsung selama 3 bulan.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saipuddin Bin Zakaria dan Pegawai Khas Richiamo Coffee Sdn Bhd, Encik Wan Mohd Najib Wan Mohd Daud bagi sesi penyampaian sijil tamat latihan dan surat tawaran pekerjaan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para peserta yang berjaya menamatkan latihan dan mendapat tawaran pekerjaan oleh pihak Richiamo Coffee Sdn Bhd.
Pengambilan Siri 2 bagi sesi Ogos 2022 telah dibuka dan kepada belia-belia Negeri Johor jangan lepaskan peluang ini dan daftar segera melalui link yang diberikan dibawah.
Untuk permohonan, sila Klik link ini ---> https://chat.whatsapp.com/J38syg5wm57BOe5aZ8oOPj atau imbas kod QR di poster iklan.
]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 17 Aug 2022 14:57:24 +0800
SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU YANG BERJAYA HADIR DAN MENDAFTAR DI IKBN BANDAR PENAWAR BAGI SESI 2/2022 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5500-elamat-datang-dan-tahniah-kepada-semua-pelajar-baharu-yang-berjaya-hadir-dan-mendaftar-di-ikbn-bandar-penawar-bagi-sesi-2-2022.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5500-elamat-datang-dan-tahniah-kepada-semua-pelajar-baharu-yang-berjaya-hadir-dan-mendaftar-di-ikbn-bandar-penawar-bagi-sesi-2-2022.html SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU YANG BERJAYA HADIR DAN MENDAFTAR DI IKBN BANDAR PENAWAR BAGI SESI 2/2022
Bandar Penawar, 15 Ogos 2022 - Sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu IKBN Bandar Penawar berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saipuddin Bin Zakaria serta para pegawai IKBN Bandar Penawar.
Video amanat oleh Pengarah Kemahiran, BPKB, Tuan Shahrul Affendi Bin Baharudin juga ditayangkan kepada para pelajar dan ibu bapa. Selain itu, Timbalan Pengarah (HEP) IKBNBP, Puan Normala Binti Daman turut menyampaikan taklimat berkenaan peraturan-peraturan dan perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian pelajar. IKBN Bandar Penawar menawarkan tujuh (7) bidang kemahiran bagi sesi 2/2022 iaitu
1. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Penyediaan Makanan )
-SHF 03
2. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Penyediaan Pastri ) - SHP 03
3. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Penyajian ) - SHB 03
4. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Kaunter Hadapan ) - SHH 03
5. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Pengemasan ) - SHK 03
6. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal ( Kimpalan ) - SMW 03
7. Sijil Teknologi Awam ( Scaffolding ) - SST 02
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar baharu IKBN Bandar Penawar yang berjaya hadir dan mendaftar serta para ibu bapa yang memberikan sokongan serta komitmen dalam menentukan masa depan cemerlang anak-anak melalui bidang TVET seterusnya memastikan para belia Malaysia amnya mempunyai tahap kemahiran tinggi dan menjadi pekerja mahir.
Bagi yang belum sempat untuk mendaftar, boleh buat permohonan rayuan dengan mengisi pautan ini
Sebarang Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi Melalui Aplikasi Whatsapp Di Pautan Di Bawah:
]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Aug 2022 12:19:12 +0800
Program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5440-program-majlis-perwakilan-pelajar-mpp-perdana-camp-2022-zon-selatan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5440-program-majlis-perwakilan-pelajar-mpp-perdana-camp-2022-zon-selatan.html Program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan

DESARU, KOTA TINGGI, 31 JULAI 2022 – Berlabuh sudah tirai bagi program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 28 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi. Program ini anjuran IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi.

Objektif utama program ini adalah memantapkan nilai-nilai kepimpinan para MPP dalam mengurus tadbir organisasi dan pelajar. Program ini melibatkan penyertaan 65 orang MPP dari 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar. Seramai 12 orang fasilitator dan urus setia telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. Program ini juga turut melibatkan penceramah jemputan bagi pengisian dan perkongsian dalam pelbagai topik yang menarik.


Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam program ini. Diharap dengan penyertaan kali ini dapat membuka satu platform kepada semua MPP ILKBSZon Selatan untuk pencambahan idea dan pendapat serta mampu melahirkan pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Program ini berakhir dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong Pn. Mahanum binti Fauzi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan En. Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 03 Aug 2022 10:48:30 +0800
TAWARAN SEBUTHARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN DI IKBN BANDAR PENAWAR,JOHOR DARUL TA'ZIM http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5390-tawaran-sebutharga-kerja-kerja-naik-taraf-kemudahan-sukan-di-ikbn-bandar-penawar-johor-darul-ta-zim.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5390-tawaran-sebutharga-kerja-kerja-naik-taraf-kemudahan-sukan-di-ikbn-bandar-penawar-johor-darul-ta-zim.html TAWARAN SEBUTHARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN DI IKBN BANDAR PENAWAR,JOHOR DARUL TA'ZIM
]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 17 Jul 2022 11:39:40 +0800
Booth Pameran dan Promosi Kemasukan Ke IKBN Bandar Penawar 2022 Sempena Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2022 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5331-ooth-pameran-dan-promosi-kemasukan-ke-ikbn-bandar-penawar-2022-sempena-pengumuman-keputusan-spm-tahun-2022.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5331-ooth-pameran-dan-promosi-kemasukan-ke-ikbn-bandar-penawar-2022-sempena-pengumuman-keputusan-spm-tahun-2022.html Booth Pameran dan Promosi Kemasukan Ke IKBN Bandar Penawar 2022 Sempena Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2022

 Kota Tinggi, 16 Jun 2022 – Sebanyak 5 team dari IKBN Bandar Penawar telah pergi ke 5 buah sekolah menengah jemputan sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar sempena pengumuman keputusan SPM tahun 2022.

Lima sekolah menegah tersebut adalah SMK Adela, SMK Kota Jaya, SMK Taman Seri Saujana, SMK Bandar Kota Tinggi dan SMK Pengerang Utama. Fokus utama pameran dan promosi kali ini adalah untuk memenuhkan quota pengambilan IKBNBP sesi 2/ 2022 (Ogos) dan penyertaan golongan belia dalam Program Bootcamp Housekeeping.

Terdapat 7 jurusan program sepenuh masa ditawarkan bagi kemasukan Ogos ini iaitu Jurusan Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri, Penyajian Makanan dan Minuman, Operasi Pengemasan (housekeeping), Operasi Kaunter Hadapan (Front Office), Kimpalan dan juga Scaffolding. Para graduan SPM boleh memohon melalui UPU, Borang Kemasukan Dalaman dan juga mengisi Googl Form.

Selain dari booth pameran yang disediakan oleh pihak sekolah, team promosi juga diberi slot taklimat pengenalan IKBN Bandar Penawar sebelum keputusan diumumkan. Pihak institut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan SMK yang terlibat di atas jemputan ini serta syabas dan tahniah kepada semua lepasan SPM tahun 2022. Ingat kemahiran ingat ILKBS. Jom masuk IKBN Bandar Penawar Program tamat jam 1.oo petang.

 

#ILKBS #IKBNBandarPenawar #TVET4LIFE #JommasukIKBN

 

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 16 Jun 2022 17:00:47 +0800
Career Live@Westin Desaru http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5329-career-live-westin-desaru.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5329-career-live-westin-desaru.html Career Live@Westin Desaru

The Westin Desaru Coast, 15 Jun 2022 - Seramai 35 orang pelajar semester akhir dari Jurusan Pengemasan, Kaunter Hadapan dan Penyediaan Makanan bersama 5 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Career Live @Westin anjuran The Westin Desaru Coast Resort.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar dalam bidang hospitaliti di bawah syarikat Marriot International. Selain itu memberi persediaan kepada peserta berkaitan tips dan kemahiran dalam temuduga dan permohonan pekerjaan. Crescendo International College, Sunway College dan Southern University College turut sama menghantar para pelajar mereka menyertai program ini.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ms. Caterine Wong (Director of HR, Westin Desaru) dan diteruskan dengan ucapan dari Ms Jaclyn Low (Market Director, Human Resources - Malaysia, Marriott International). Seterusnya para peserta didedahkan dengan pengenalan hotel-hotel dibawah Marriot International oleh Lee Shin Yee (Training Manager, Renaissance Johor Bahru) kemudian ceramah kerjaya oleh General Manager The Westin Desaru Coast resort, Mr. Grant Young.

Para pelajar juga diminta untuk menyertai aktiviti interaktif seperti Kahoot Quiz dan cabutan bertuah. Untuk melayakkan peserta menyertai cabutan bertuah tersebut, satu passport telah diberikan dan peserta perlu mendapatkan cop-cop dari booth pameran yang ada. Bagi kahoot Quiz, 2 peserta IKBN Bandar Penawar mendapat hadiah saguhati (No.4 dan No.. Kesemua tetamu dijamukan dengan menu baharu iaitu Westin Wellness Lunch. Program tamat pada jam 1.00 petang.

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 16 Jun 2022 15:39:04 +0800
Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) -KIMPALAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5325-pertandingan-world-skills-malaysia-belia-wsmb-kimpalan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5325-pertandingan-world-skills-malaysia-belia-wsmb-kimpalan.html Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) -KIMPALAN
 Terangganu,5 Jun 2022 - Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) bidang Kimpalan telah berlangsung di Akedemi Binaan Malaysia ( ABM) Wilayah Timur, Terengganu.
IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan WSMB buat julung kalinya pada kali ini.Dua orang peserta diwakili oleh Muhammad Amin Bin AB Hamid dan Muhammad Hafiz Bin Yawahir. Jurulatih yang telah banyak memberi tunjuk ajar peserta adalah En Hairil Anuar Bin Hashim. Turut mengiringi pengurus pasukan Ts Mohd Sopian Bin Ibrahim.
 
Pelbagai agensi pusat latihan kemahiran menyertai pertandingan ini. Terdapat lebih 60 peserta bersaing di peringkat kelayakan. Menariknya peserta wanita turut bersaing dalam WSMB kali ini.
Semoga team Kimpalan IKBNBP beroleh kejayaan dan seterusnya memasuki peringkat akhir nanti.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kimpalan

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 06 Jun 2022 15:15:00 +0800
Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) -KIMPALAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5324-pertandingan-world-skills-malaysia-belia-wsmb-kimpalan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5324-pertandingan-world-skills-malaysia-belia-wsmb-kimpalan.html Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) -KIMPALAN
 Terangganu,5 Jun 2022 - Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) bidang Kimpalan telah berlangsung di Akedemi Binaan Malaysia ( ABM) Wilayah Timur, Terengganu.
IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan WSMB buat julung kalinya pada kali ini.Dua orang peserta diwakili oleh Muhammad Amin Bin AB Hamid dan Muhammad Hafiz Bin Yawahir. Jurulatih yang telah banyak memberi tunjuk ajar peserta adalah En Hairil Anuar Bin Hashim. Turut mengiringi pengurus pasukan Ts Mohd Sopian Bin Ibrahim.
 
Pelbagai agensi pusat latihan kemahiran menyertai pertandingan ini. Terdapat lebih 60 peserta bersaing di peringkat kelayakan. Menariknya peserta wanita turut bersaing dalam WSMB kali ini.
Semoga team Kimpalan IKBNBP beroleh kejayaan dan seterusnya memasuki peringkat akhir nanti.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kimpalan

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 06 Jun 2022 15:15:00 +0800
Kursus Asas Pertolongan Cemas. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5323-kursus-asas-pertolongan-cemas.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5323-kursus-asas-pertolongan-cemas.html Kursus Asas Pertolongan Cemas.

Banda Penawar, 02 Jun 2022 - Seramai 20 orang pelajar dan pengajar daripada IKBN Sri Iskandar telah menyertai kursus asas pertolongan cemas yang dianjurkan oleh Bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar pada 2 Jun 2022 yang lalu. Kursus diakhiri dengan lawatan ke Galeri Petronas dan RAPID, Pengerang pada hari berikutnya. Terima kasih atas kepercayaan kepada Team HSE IKBN Bandar Penawar.

Untuk makluman, IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus -kursus pendek dlaam bidang kesihatan dan keselamatan. Salah satu daripadanya adalah kursus asas pertolongan cemas yang dibuka khas dengan harga promosi rm50.00 kepada pelajar dan pengajar ILKA. Untuk tempahan tempat, sila hubungi en. Mohamad Akmal bin Noordin di talian 019-758 8592.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekitar

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 05 Jun 2022 16:03:49 +0800
PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5322-program-star-u-myfuture-youth-plus.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018/item/5322-program-star-u-myfuture-youth-plus.html PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS

Bandar Penawar, 14 Jun 2022 - Myfuture Youth Plus sedang berlangsung di IKBN Bandar Penawar bermula 12-16 Jun 2022. Program yang dilaksanakan oleh Bahagian HSE ini melibatkan 2 kursus iaitu Customised Hse & Oil & Gas Safety Passport (OGSP) melibatkan 10 peserta dan fire watcher & working at height customised programme melibatkan 12 peserta. Tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai program ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus pendek bahagian kesihatan,keselamatan dan alam sekitar, boleh whatsapp 0125748613.
 
 

Disediakan oleh:

Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekita

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 14 Jun 2022 16:52:33 +0800