IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 26 June 2018 01:22

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2/2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2/2018


BANDAR PENAWAR, 25 Jun 2018 – Seramai 50 orang pelajar baru telah mendaftar masuk di IKBN Bandar Penawar. Kursus yang dibuka untuk pengambilan pada kali ini adalah Sijil Teknologi Hospitaliti Penyediaan Makanan dan Sijil Teknologi Hospitaliti Penyajian.


Bermula jam 8.00 pagi pelajar bersama-sama ibu bapa telah memenuhi ruang Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar untuk membuat pendaftaran. Kemudian pelajar ke asrama untuk mendaftar masuk asrama dan seterusnya ke Bilik ICT untuk mendaftar masuk Sistem eKampus. Pada jam 11.00 pagi semua pelajar dan ibu bapa penjaga dikehendaki ke Dewan Serbaguna semula untuk mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.


Tepat jam 12.00 tengahari Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru diadakan secara ringkas dan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar menyediakan fasiliti dan bengkel yang serba lengkap untuk pelajar selain pelajar menerima elaun, makan minum 5 kali sehari dan penginapan secara percuma.


Semua pelajar yang mendaftar hari ini akan melalui minggu paradigma dari 25 hingga 28 Jun 2018 bagi memberi pendedahan awal kepada mereka melalui perjalanan kehidupan di asrama. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baru IKBN Bandar Penawar kerana terpilih mengikuti pengajian di sini.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 751 times Last modified on Rabu, 18 July 2018 17:58
 
Find us on Facebook
Follow Us