Bandar Penawar, 7 April 2019 - Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dijemput untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar pada hari ini.
Turut hadir wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Rosman, Pengarah KPM, Encik Md Zan, wakil PBT Pengerang, wakil KEJORA, Kolej Komuniti dan wakil pengurusan Ladang Siang.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMK Bandar Penawar dan jalinan kerjasama bersama IKBN Bandar Penawar.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah