IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

PENGHASILAN PRODUK PPE OLEH IKBN PEKAN

 

Disediakan Oleh : Mohd Zulaffandi Bin Abdullah 

PEKAN, 20 April 2020 - Menyedari keperluan mendesak terutamanya peralatan perlindungan diri (PPE) dalam kalangan petugas barisan hadapan yang berdepan risiko Covid-19. Institut Kemahiran Belia Negara Pekan (IKBN Pekan) mengambil langkah menyertai usaha menghasilkan komponen PPE khusus untuk petugas hospital.

 

IKBN Pekan telah menghasilkan ‘Flexible Aerosol Box’ jenis pakai buang. Penghasilan ‘Flexible Aerosol Box’ ini adalah kolaborasi di antara pengajar – pengajar Jabatan Mekanikal IKBN Pekan. Kos penghasilan peralatan ini adalah menggunakan bajet mengurus sedia ada IKBN Pekan. Pihak IKBN Pekan berusaha menghasilkan peralatan ini selepas mendapat maklumat daripada beberapa doktor di hospital negeri ini bahawa mereka kekurangan ‘aerosol box’ hingga melambatkan proses merawat pesakit.

 

‘Flexible Aerosol Box’ berfungsi sebagai alat sokongan intubasi untuk melindungi doktor yang merawat pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital. Bagi menjamin keselamatan doktor kebiasaannya PPE tersebut mestilah jenis pakai buang. ‘Flexible Aerosol Box’ ini dicipta dengan kos yang murah tetapi selamat digunakan di mana selepas digunakan cover plastik tersebut harus dibuang dan rangkanya di disinfeksi. Kos cover plastik sangat murah dengan ini ‘Flexible Aerosol Box’ sangat berbaloi untuk digunakan di hospital seluruh Malaysia. Sekarang ini IKBN Pekan sedang menyiapkan 20 unit ‘Flexible Aerosol Box’ untuk kegunaan pihak hospital di seluruh negeri Pahang.

Read 37 times Last modified on Rabu, 29 April 2020 12:57
 
Find us on Facebook
Follow Us