IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 31 May 2018 15:09

PENILAIAN DAN LAWATAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) DAN PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK (PLT) 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

PENILAIAN DAN LAWATAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) DAN PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK (PLT) 2018


Bandar Penawar, 30-31 Mei 2018 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan buat kali keduanya inisiatif Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) dan Pengurusan Latihan Terbaik (PLT) bertujuan mengiktiraf institusi dan juga bidang-bidang latihan di ILKBS yang mencapai tahap pencapaian yang sangat cemerlang. IKBN Bandar Penawar telah menerima lawatan panel penilai yang terdiri daripada Encik Syahrull Nizam Bin Perdan Pengarah ILP Mersing, Encik Churemi Bin Sairi, Encik Zan Aizuddin Bin Zainal Abidin dan beberapa orang lagi dari KBS.


Pada hari pertama program bermula jam 8.30 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan. Pengarah dan pegawai diberi taklimat serba ringkas berkenaan AIT dan PLT. Kemudian sesi diteruskan dengan lawatan ke bengkel, perjumpaan bersama tenaga pengajar dan pelajar untuk menilai beberapa kriteria yang ditetapkan.  Semua fail dan dokumen yang hendak dinilai dikumpulkan di Bilik Mesyuarat dan Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar untuk memudahkan penilai meneliti setiap dokumen.


Pada hari kedua penilaian diteruskan dan pada jam 2.00 petang mesyuarat penutup diadakan bagi memberi rumusan dan cadangan penambahbaikan hasil lawatan pegawai panel penilai. Penilaian tahunan yang diadakan ini dapat memberi petunjuk dan penanda aras bagi setiap ILKBS.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 1622 times
 
Find us on Facebook
Follow Us