IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA SESI 1/2019 DALAM FABRIKASI PAIP

 

Disediakan Oleh : Fadzil Mohd Nor

PEKAN - Peperiksaan akhir pelajar diploma sesi 1/2019 yang pertama kali dijalankan pada 1 hingga 5 April 2019 (Isnin - Jumaat) yang lepas bertempat di IKBN Pekan. Peperiksaan ini dihadiri oleh pengawas luaran terdiri daripada pegawai yang telah dilantik oleh ILKBS sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan wakil pihak industri yang dilantik oleh IKBN Pekan.


Seramai 14 orang calon telah menduduki peperiksaan akhir teori, amali dan verifikasi portfolio pada 1-3 April 2019 yang telah dijalankan oleh En. Mohd fauzi Bin Abdul Salam dari IKTBN Sepang yang telah dilantik sebagai Pegawai Pengesahan Luaran bagi membuat tugasan semakan portfolio dan dokumen yang berkaitan bagi pelajar semester 5 tahap 4.

Sesi peperiksaan akhir bagi pembentangan projek akhir (PPA) telah dijalankan pada 4-5 April 2019. Dalam pembentangan projek akhir, pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa selama 30minit untuk membuat sesi pembentangan Projek Akhir. Panel projek akhir yang dilantik terdiri daripada Pegawas Luaran (PL) En. Mohd Fauzi Abdul Salam, Panel Industri (PI) En. Mohd Zaidin Mohd Tahir dan Panel Kendiri (PK) Raja Nurul Hidayah Raja Ismail untuk menilai dan memberi markah pembentangan kepada setiap pelajar diploma.

Peperiksaan akhir diploma tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya serta 13 orang pelajar telah lulus dan 1 0rang pelajar gagal dalam Latihan Industri di dalam peperiksaan tersebut. PPL mengucapkan syabas di atas usaha yang telah dijalankan serta turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon di dalam bidang pekerjaan dan kemahiran yang telah ceburi sekarang.

Read 349 times Last modified on Jumaat, 19 April 2019 10:59
 
Find us on Facebook
Follow Us