IKBN



KEMASIK

 
Khamis, 25 February 2021 18:00

Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021-Hari Terakhir

Written by
Rate this item
(0 votes)

PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI TERAKHIR

 

Kemasik, 25 Februari 2021 –  Hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Februari) IKBN Kemasik yang telah bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021.

Sesi peperiksaan ini melibatkan semua pelajar 8 kursus latihan kemahiran yang ditawarkan di institusi ini. Untuk makluman, sesi peperiksaan kali ini merupakan sesi peperiksaan yang telah ditunda daripada sesi 1/2020 (Jun) disebabkan arahan kerajaan PKP/PKPB kerana penularan pandemik Covid-19 dan penangguhan sesi latihan sepanjang tahun 2020. Sepanjang 2 minggu sesi peperiksaan berlangsung, minggu pertama 15 hingga 18 Februari 2021 merupakan peperiksaan kertas teori akhir Subjek Umum dan Subjek Umum Teknikal bagi kesemua pelajar Tahap 2 dan Tahap 3 - Semester 1 hingga Semester 3.

Seterusnya pada minggu kedua sesi peperiksaan 22 hingga 24 Februari 2021 pula difokuskan kepada peperiksaan akhir bagi Kertas Teori dan Amali Subjek Teknikal. Bagi sesi peperiksaan subjek teknikal ini melibatkan penugasan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) di semua ILKBS terlibat. Penugasan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) ini adalah bagi tujuan verifikasi portfolio, peperiksaan akhir teori dan amali serta ulang nilai di ILKBS yang terlibat sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Terdapat 5 kursus yang melibatkan pelajar semester akhir tahap telah diverifikasi oleh PPL bertugas di institut ini iaitu Program Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 2, Perkhidmatan Estetik Tahap 2, Dandanan Rambut Tahap 2, Penerbitan Video Tahap 2 dan Pembuatan Roti Tahap 3. Selamat maju diucapkan kepada semua pelajar.

 
 
 
 
 
Gambar oleh : RAJA AZLAN RAJA ALIAS
  : PEN. PEG. LATIHAN E29
Read 51 times Last modified on Selasa, 02 March 2021 15:20