IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 07 November 2017 09:17

PEPERIKSAAN AKHIR SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL IKBN BANDAR PENAWAR DAN LOTUS DESARU RESORT

Written by
Rate this item
(0 votes)

PEPERIKSAAN AKHIR SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL IKBN BANDAR PENAWAR DAN LOTUS DESARU RESORT

Bandar Penawar, 7 November 2017 – IKBN Bandar Penawar sedang berkolaborasi bersama Lotus Desaru Resort di dalam Program Sistem Latihan Dual Nasiona (SLDN) dalam mempersijilkan pekerja resort tersebut dengan Sijil Kemahiran Malaysia bermula Ogos 2017 hingga Mac 2018 yang melibatkan Kelas Teori dan Amali serta Peperiksaan Akhir.


Terdapat 4 program yang dijalankan iaitu Operasi Servis Makanan Dan Minuman Tahap 2 & 3 dan Penyediaan Dan Pembuatan Makanan Tahap 2 & 3. Seramai 40 orang perantis dari Lotus Desaru Resort mengikuti program ini yang terdiri dari pekerja-pekerja Kitchen Department dan F&B Department.


Selain menjalankan kelas teori setiap minggu yang diajar oleh pengajar bertauliah dari IKBN Bandar Penawar dan Pembelajaran Amali iaitu Jurulatih dari pihak resort, peperiksaan akhir juga dijalankan bagi menilai tahap keterampilan perantis. Dengan dihadiri dua pegawai pemantau dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan, peperiksaan akhir telah dijalankan pada hari ini dengan jayanya dimana 100% kelulusan perantis telah dicapai. Perantis telah menduduki peperiksaan teori di sebelah pagi manakala peperiksaan amali dijalankan disebelah petang. Perantis diminta menyedia dan memasak makanan mengikut menu yang telah ditetapkan iaitu sup, hidangan utama dan pencuci mulut, menghidangkan Sparkling Wine dan menyajikan makanan kepada pelanggan secara American Service.


Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Urusetia, penyelaras, pengajar dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan peperiksaan kali ini. Peperiksaan seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2018 akan datang.


 
Disediakan oleh : Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen
Foto disediakan oleh : Encik Shah Rizan Bin Tamrim & Puan Khairun Afida Binti Ahmad

Read 1087 times