IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 04 February 2019 15:34

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019


Bandar Penawar, 31 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Pertandingan Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2019M/1440H Anjuran bersama PBT Pengerang, KEJORA dan Masjid As-Syifa bertempat di Masjid As -Syifa Bandar Penawar. Seramai 51 orang pelajar lelaki menyertai pertandingan tersebut diiringi oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri.


Dengan bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, para peserta begitu bersemangat berarak sambil berselawat diikuti dengan paluan kompang berarak sejauh 800 meter bermula dari Dewan Besar Kejora dan berakhir di Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar. Setibanya di sana, para peserta mendengar pula satu Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air, Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim.


IKBN Bandar Penawar telah menjadi Johan Sepanduk bagi Kategori Institut Pengajian Tinggi dan Naib Johan Perarakan bagi kategori yang sama. Tahniah dan syabas kepada semua peserta IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

Read 56 times Last modified on Isnin, 04 February 2019 15:39
More in this category: « BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019
 
Find us on Facebook
Follow Us