IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 16 July 2020 16:43

Kursus Asas Gubahan Bunga

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kursus Asas Gubahan Bunga

Bandar Penawar, 15 Julai 2020 - Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara fokus utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memartabatkan golongan belia sempena dengan sambutan ‘World Youth Skills Day’ pada hari ini. Usaha penambahbaikan secara berterusan sentiasa menjadi budaya di ILKBS agar ILKBS mampu menjadi agen perubahan dan menjadi perintis kepada elemen baru yang unik dan istimewa.

 

Untuk mencapai matlamat tersebut, Jabatan Perhotelan dengan kerjasama  Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Kursus Asas Gubahan Bunga bertempat di Coral Ballroom pada 15 Julai 2020 sempena dengan ‘World Youth Skills Day’. Kursus ini memberi fokus kemahiran asas yang berteraskan ‘Indoor Decoration’ iaitu gubahan bunga yang dapat memberi input kepada peserta menerusi perkongsian tips dan kaedah yang sesuai untuk gubahan bunga. Pelaksanaan kursus ini juga adalah selaras dengan objektif Pembangunan Kemahiran Belia Negara seperti yang dinyatakan oleh YB Menteri dalam proses reskilling, upskilling dan cross-skilling. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pihak bagi menjayakan kursus ini.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 3586 times Last modified on Khamis, 16 July 2020 16:48