IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 18 May 2017 16:50

PERBINCANGAN MOU DAN PROGRAM SLDN IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERBINCANGAN MOU DAN PROGRAM SLDN IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah


Bandar Penawar, 17 Mei 2017 – Bertempat di Lotus Desaru Beach Resort & Spa satu perbincangan telah diadakan berkenaan MoU di antara IKBN Bandar Penawar dan Lotus Desaru Beach Resort & Spa dan pelaksanaan program SLDN dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti serta lawatan ke bahagian operasi Lotus Desaru Beach Resort & Spa.


IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Puan Nurul Azani Binti Ibrahim, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) dan Puan Maslizawati Binti Ab Rashid selaku Ketua Cawangan Hubungan Industri Publisiti Seranta (CHIPS) serta dua orang Pegawai CHIPS iaitu Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah dan Puan Khairun Afida Binti Ahmad. Manakala Pengurusan Lotus Desaru Beach Resort & Spa diwakili oleh Madam R.Indra Gandhi Pillai, Puan Asnidah Binti Tationo dan Encik Aaron.


Pihak Lotus Desaru Beach Resort & Spa bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama pihak IKBN Bandar Penawar dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti serta amat menyokong pelaksanaan program SLDN di antara Lotus Desaru Beach Resort & Spa dan IKBN Bandar Penawar yang mana dilihat dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.


Lawatan yang diadakan ke bahagian operasi Lotus Desaru Beach Resort & Spa bertujuan untuk meninjau rutin harian staff di bahagian tersebut. Lotus Desaru Beach Resort & Spa menawarkan fasiliti untuk percutian keluarga, reunion rakan taulan mahupun untuk acara majlis perkahwinan.

Read 2649 times
 
Find us on Facebook
Follow Us