IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 16 June 2022 15:39

Career Live@Westin Desaru

Written by
Rate this item
(0 votes)

The Westin Desaru Coast, 15 Jun 2022 - Seramai 35 orang pelajar semester akhir dari Jurusan Pengemasan, Kaunter Hadapan dan Penyediaan Makanan bersama 5 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Career Live @Westin anjuran The Westin Desaru Coast Resort.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar dalam bidang hospitaliti di bawah syarikat Marriot International. Selain itu memberi persediaan kepada peserta berkaitan tips dan kemahiran dalam temuduga dan permohonan pekerjaan. Crescendo International College, Sunway College dan Southern University College turut sama menghantar para pelajar mereka menyertai program ini.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ms. Caterine Wong (Director of HR, Westin Desaru) dan diteruskan dengan ucapan dari Ms Jaclyn Low (Market Director, Human Resources - Malaysia, Marriott International). Seterusnya para peserta didedahkan dengan pengenalan hotel-hotel dibawah Marriot International oleh Lee Shin Yee (Training Manager, Renaissance Johor Bahru) kemudian ceramah kerjaya oleh General Manager The Westin Desaru Coast resort, Mr. Grant Young.

Para pelajar juga diminta untuk menyertai aktiviti interaktif seperti Kahoot Quiz dan cabutan bertuah. Untuk melayakkan peserta menyertai cabutan bertuah tersebut, satu passport telah diberikan dan peserta perlu mendapatkan cop-cop dari booth pameran yang ada. Bagi kahoot Quiz, 2 peserta IKBN Bandar Penawar mendapat hadiah saguhati (No.4 dan No.. Kesemua tetamu dijamukan dengan menu baharu iaitu Westin Wellness Lunch. Program tamat pada jam 1.00 petang.

 

Read 5766 times Last modified on Isnin, 20 June 2022 15:57