IKBN
BANDAR PENAWAR
DESARU, KOTA TINGGI, 31 JULAI 2022 – Berlabuh sudah tirai bagi program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 28 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi. Program ini anjuran IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi.
Objektif utama program ini adalah memantapkan nilai-nilai kepimpinan para MPP dalam mengurus tadbir organisasi dan pelajar. Program ini melibatkan penyertaan 65 orang MPP dari 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar. Seramai 12 orang fasilitator dan urus setia telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. Program ini juga turut melibatkan penceramah jemputan bagi pengisian dan perkongsian dalam pelbagai topik yang menarik.
Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam program ini. Diharap dengan penyertaan kali ini dapat membuka satu platform kepada semua MPP ILKBSZon Selatan untuk pencambahan idea dan pendapat serta mampu melahirkan pemimpin yang hebat pada masa hadapan.
Program ini berakhir dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong Pn. Mahanum binti Fauzi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan En. Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.
Kota Tinggi, 16 Jun 2022 – Sebanyak 5 team dari IKBN Bandar Penawar telah pergi ke 5 buah sekolah menengah jemputan sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar sempena pengumuman keputusan SPM tahun 2022.
The Westin Desaru Coast, 15 Jun 2022 - Seramai 35 orang pelajar semester akhir dari Jurusan Pengemasan, Kaunter Hadapan dan Penyediaan Makanan bersama 5 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Career Live @Westin anjuran The Westin Desaru Coast Resort.
Banda Penawar, 02 Jun 2022 - Seramai 20 orang pelajar dan pengajar daripada IKBN Sri Iskandar telah menyertai kursus asas pertolongan cemas yang dianjurkan oleh Bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar pada 2 Jun 2022 yang lalu. Kursus diakhiri dengan lawatan ke Galeri Petronas dan RAPID, Pengerang pada hari berikutnya. Terima kasih atas kepercayaan kepada Team HSE IKBN Bandar Penawar.
Disediakan oleh:
Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekitar
Bandar Penawar, 14 Jun 2022 - Myfuture Youth Plus sedang berlangsung di IKBN Bandar Penawar bermula 12-16 Jun 2022. Program yang dilaksanakan oleh Bahagian HSE ini melibatkan 2 kursus iaitu Customised Hse & Oil & Gas Safety Passport (OGSP) melibatkan 10 peserta dan fire watcher & working at height customised programme melibatkan 12 peserta. Tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai program ini.
KOTA TINGGI, 11 Jun 2022 – Program ini telah dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi (PBSDKT) dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Johor Bahru bermula pada 4 Jun 2022 hingga 11 Jun 2022. Seramai 38 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam 4 kategori yang telah dipertandingkan iaitu, Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Bola Jaring dan Sepak Takraw.
Objektif utama penyertaan pelajar adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka akan situasi perlawanan sebenar yang lebih kompetitif serta sebagai latihan kepada pelajar untuk menghadapi kejohanan Sukan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) pada bulan September nanti.
Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah memberikan saingan dan komitmen yang jitu dalam kejohanan ini. Diharap dengan penyertaan ini dapat membantu para pelajar terus lebih aktif dan sihat pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar
SEMANGAT: Para pemain bersedia untuk memulakan aksi Sepak Takraw Sports Mania Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar 2022.
BANDAR PENAWAR, 1 April 2022 – Program ini telah berlangsung bermula pada 2 Mac 2022 hingga 27 Mac 2022 yang telah melibatkan semua pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar. Terdapat 7 kategori telah dipertandingkan iaitu, Badminton Berpasukan, Bola Tampar Wanita, Bola Tampar Lelaki, Sepak Takraw, Bola Jaring, Futsal Lelaki, & Futsal Wanita.
20 MAC 2022, AHAD Satu sesi taklimat latihan industri telah diadakan di Pusat Sumber IKBNBP yang melibatkan 22 pelajar semester akhir jurusan Penyajian dan 23 pelajar semester akhir jurusan Penyediaan Pastry. Taklimat didahului oleh Cik Nurul Liyana Binti Rasid, Eksekutif Talent PERKESO JOHOR mengenai persiapan menghadapi alam pekerjaan. Taklimat seterusnya merupakan pengenalan kepada portal MyFuturejobs yang disampaikan oleh En. Muhamad Akmal Bin Shahrudin, Eksekutif Talent PERKESO JOHOR. Di akhir sesi, pelajar didedahkan prosedur dan tatacara menjalani latihan industri yang disampaikan oleh En. Mohd Junaidi Bin Samsudeen, CHIPS IKBNBP. Pihak PERKESO berbesr hati dapat meluangkan masa dan berkongsi maklumat bersama para pelajar IKBN Bandar Penawar dan berhasrat untuk meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang. Taklimat tamat pada jam 5.30 petang
#ILKBS #TEAMKBS #TVET4LIFE #IKBNBP #PROFESIONALTERUNGGUL
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan