IKBN
BANDAR PENAWAR
DESARU, KOTA TINGGI, 31 JULAI 2022 – Berlabuh sudah tirai bagi program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 28 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi. Program ini anjuran IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi.
Objektif utama program ini adalah memantapkan nilai-nilai kepimpinan para MPP dalam mengurus tadbir organisasi dan pelajar. Program ini melibatkan penyertaan 65 orang MPP dari 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar. Seramai 12 orang fasilitator dan urus setia telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. Program ini juga turut melibatkan penceramah jemputan bagi pengisian dan perkongsian dalam pelbagai topik yang menarik.
Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam program ini. Diharap dengan penyertaan kali ini dapat membuka satu platform kepada semua MPP ILKBSZon Selatan untuk pencambahan idea dan pendapat serta mampu melahirkan pemimpin yang hebat pada masa hadapan.
Program ini berakhir dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong Pn. Mahanum binti Fauzi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan En. Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.
Kota Tinggi, 16 Jun 2022 – Sebanyak 5 team dari IKBN Bandar Penawar telah pergi ke 5 buah sekolah menengah jemputan sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar sempena pengumuman keputusan SPM tahun 2022.
The Westin Desaru Coast, 15 Jun 2022 - Seramai 35 orang pelajar semester akhir dari Jurusan Pengemasan, Kaunter Hadapan dan Penyediaan Makanan bersama 5 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Career Live @Westin anjuran The Westin Desaru Coast Resort.
Banda Penawar, 02 Jun 2022 - Seramai 20 orang pelajar dan pengajar daripada IKBN Sri Iskandar telah menyertai kursus asas pertolongan cemas yang dianjurkan oleh Bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar pada 2 Jun 2022 yang lalu. Kursus diakhiri dengan lawatan ke Galeri Petronas dan RAPID, Pengerang pada hari berikutnya. Terima kasih atas kepercayaan kepada Team HSE IKBN Bandar Penawar.
Disediakan oleh:
Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekitar
Bandar Penawar, 14 Jun 2022 - Myfuture Youth Plus sedang berlangsung di IKBN Bandar Penawar bermula 12-16 Jun 2022. Program yang dilaksanakan oleh Bahagian HSE ini melibatkan 2 kursus iaitu Customised Hse & Oil & Gas Safety Passport (OGSP) melibatkan 10 peserta dan fire watcher & working at height customised programme melibatkan 12 peserta. Tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai program ini.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan