Perhimpunan Bulanan IKBNBP Bil 3/2019 & Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke-62 Anjuran BHEP dan CPKK http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 22 Apr 2021 19:38:18 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/146-taklimat-pengenalan-narkotik-dan-kempen-belia-benci-dadah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/146-taklimat-pengenalan-narkotik-dan-kempen-belia-benci-dadah.html TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH

Disediakan oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH

Bandar Penawar, 7 Januari 2016 - Satu program telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar sempena Minggu Paradigma (MIPAR) Siri 1/2016 dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kota Tinggi.


Program bermula dengan Taklimat Pengenalan Narkotik yang disampaikan oleh pegawai dari AADK. Beliau memberi pendedahan kepada pelajar baru IKBN Bandar Penawar tentang bahayanya dadah, jenis-jenis dadah, langkah pencegahan dan kempen belia benci dadah. Seramai 70 orang pelajar baru telah terlibat dalam program ini.


Selesai taklimat satu ujian saringan urin diadakan bagi memastikan semua pelajar IKBN Bandar Penawar bebas dadah. Seramai 30 orang pelajar baru dipilih secara rawak telah menjalani ujian saringan urin. Program yang bermula jam 10.30 pagi berakhir jam 12.30 tengah hari.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 08 Jan 2016 00:07:00 +0800
PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/145-perbincangan-dan-lawatan-oleh-tarh-jpk-wilayah-selatan-dan-upen-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/145-perbincangan-dan-lawatan-oleh-tarh-jpk-wilayah-selatan-dan-upen-johor.html PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR

Disediakan oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR

Bandar Penawar, 13 Januari 2016 – Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan, wakil Syarikat Themed Attraction Resort & Hotel Sdn Bhd (TARH) dan pegawai dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPEN) telah hadir di IKBN Bandar Penawar jam 9.30 pagi. 


Program bermula dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Lim Chow Kiat, selaku Timbalan Pengarah (HEP) IKBN Bandar Penawar. Selesai ucapan aluan oleh pengerusi, program diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan oleh IKBN Bandar Penawar dan TARH. Program diteruskan dengan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dan keperluan tenaga kerja di Desaru Coast.


Kemudian program diteruskan dengan lawatan di sekitar IKBN Bandar Penawar untuk melihat fasiliti di Jabatan Perhotelan dan Hospitaliti serta lawatan ke tapak pembinaan Desaru Coast. Program disertai oleh pegawai dari Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Perhotelan, Jabatan Hospitaliti, TARH, JPK Wilayah Selatan dan UPEN Johor.


Sebanyak lebih kurang 700 peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan dan hospitaliti menjelang tahun 2018 di sini. IKBN Bandar Penawar dan TARH akan menyediakan unjuran mengikut masa lepasan IKBN Bandar Penawar dan keperluan pekerja. Satu pebincangan lain akan diadakan oleh UPEN Johor bagi memuktamadkan demand dan supply sumber tenaga kerja dalam bidang ini. Program berkahir jam 1.30 tengah hari.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Jan 2016 00:04:00 +0800
PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/144-pemilihan-mpp-dan-srm-ikbn-bandar-penawar-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/144-pemilihan-mpp-dan-srm-ikbn-bandar-penawar-sesi-1-2016.html PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2016

Bandar Penawar, 26 Januari 2016 – Satu sesi Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah diadakan pada hari ini bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan yang baru untuk menerajui para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pada masa yang sama, pemilihan ini perlu diadakan kerana sejumlah besar Ahli Majlis Tertinggi yang lama telah menamatkan pengajian di IKBN Bandar Penawar pada bulan Disember 2015.


Sesi pemilihan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan berjalan dengan lancar. Menerusi pemilihan yang diadakan menggunakan sistem penamaan calon secara demokrasi dan pengundian menggunakan peti undi, saudara Muhammad Zakwan bin Ubaytullah telah dipilih sebagai Presiden MPP IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2016. Manakala saudara Wan Muhammad Hilmi bin Wan Nasrudin pula telah dipilih sebagai Pengerusi SRM IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2016.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baru. Semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dan pada masa yang sama, dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan IKBN Bandar Penawar khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam apa jua perkara yang melibatkan para pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 27 Jan 2016 00:02:00 +0800
TAKLIMAT KERJAYA DAN SESI TEMUDUGA OLEH PERUSAHAAN ZAINAB JAYA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/143-taklimat-kerjaya-dan-sesi-temuduga-oleh-perusahaan-zainab-jaya.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/143-taklimat-kerjaya-dan-sesi-temuduga-oleh-perusahaan-zainab-jaya.html TAKLIMAT KERJAYA DAN SESI TEMUDUGA OLEH PERUSAHAAN ZAINAB JAYA

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

Foto : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

TAKLIMAT KERJAYA DAN SESI TAMU DUGA OLEH PERUSAHAAN ZAINAB JAYA

Bandar Penawar, 26 Januari 2016 – Satu taklimat kerjaya dan sesi temuduga oleh Perusahaan Zainab Jaya telah dianjurkan oleh Cawangan Hubungan industri (CHI) dengan kerjasama Perusahaan Zainab Jaya.  Perusahaan Zainab Jaya telah manandatangani MoU Perak dengan IKBN Bandar Penawar sejak tahun 2014.


Taklimat Kerjaya dan Keusahawanan dan temuduga bagi pengambilan pelajar latihan Industri Jurusan Penyediaan Pastri telah berlangsung di Coral Ballroom, Jabatan Hospitaliti. Taklimat diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar akan kaedah, cabaran dan peluang keusahawanan dalam bidang penyediaan pastri. Temu duga diadakan untuk memilih pelajar terbaik untuk menjalani latihan industri di Perusahaan Zainab Jaya pada April 2016 ini.


Pihak Perusahaan Zainab Jaya bercadang untuk mengambil 6 orang pelajar bagi menjalani latihan industri selepas sesi temuduga dan senarai pelajar yang berjaya sedang dimuktamadkan. Semua pelajar Penyediaan Pastri terlibat dengan program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 Jan 2016 23:59:00 +0800
PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/142-perbincangan-kerjasama-dan-lawatan-oleh-skills-johor-dan-uie-solutions.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/142-perbincangan-kerjasama-dan-lawatan-oleh-skills-johor-dan-uie-solutions.html PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Puan Khairun Afida Ahmad

PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS

Bandar Penawar, 28 Januari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di antara Cawangan Hubungan Industri (CHI) dan Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar bersama Skills Johor dan UIE Solution. Perbincangan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama dan berbincang untuk mewujudkan satu cawangan latihan khusus iaitu Kursus Scaffolding Tahap 1 dan 2 di IKBN Bandar Penawar oleh UIE Solutions.


Pegawai dari Skills Johor dan UIE Solution telah melakukan lawatan tapak ke kawasan yang bersesuaian bagi pemasangan Scaffolding dan ruang kelas untuk pembelajaran di Jabatan Minyak dan Gas. Mereka juga melihat fasiliti dan kesesuaian tempat pembelajaran yang tersedia di sini.

 

Pihak Skills Johor yang disertai oleh Zahbah Harun dan UIE Solution yang disertai oleh Khairul Rizal Jamaludin berpuas hati dengan kemudahan dan tapak sedia ada di IKBN Bandar Penawar. Pihak CHI mencadangkan agar satu kertas kerja yang lengkap perlu dibangunkan dan dimuktamad untuk dibentangkan ke peringkat atasan Kementerian Belian dan Sukan untuk pertimbangan dan kelulusan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 28 Jan 2016 23:54:00 +0800
LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/141-lawatan-jabatan-minyak-dan-gas-ikbn-bandar-penawar-ke-f-r-p-pollution-engineering-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/141-lawatan-jabatan-minyak-dan-gas-ikbn-bandar-penawar-ke-f-r-p-pollution-engineering-sdn-bhd.html LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD

Disediakan oleh : Encik Azman bin Muhammad

Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD

Johor Bahru, 13 Januari 2016 – Satu lawatan sambil belajar ke F.R.P Pollution Engineering Sdn. Bhd. (Fiberglass) Industry yang terletak di kawasan perindustrian di Mount Austin telah dianjurkan oleh Jabatan Minyak dan Gas dengan disertai oleh 15 orang kakitangan. Pelawat telah diberikan penerangan, diberi peluang melihat gambar-gambar model yang pernah dihasilkan oleh syarikat, serta mengikuti tour ke keseluruhan tapak fabrikasi. Melalui penerangan yang diberikan, pelanggan syarikat melangkaui pelbagai industri iaitu daripada bidang elektronik, petrokimia hinggalah bidang Minyak dan Gas dan melibatkan projek yang dihantar dan ditauliahkan di Asia Barat.

 

Pihak syarikat telah diwakili oleh Yep Tet Soon Pengurus FRP Pollution Engineering Sdn. Bhd. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan proses fabrikasi fasiliti kawalan alam sekitar / effluen industri melalui penggunaan scrubber, customised piping, pemasangan motor dan pam industri serta maklumat berkaitan keperluan dan spesifikasi bahan yang diperlukan untuk membina prototype atau model ruang terkurung untuk tujuan latihan berkait dengan ruang terkurung terutamanya di dalam industri Minyak dan Gas.

 

Lawatan ini antara lainnya memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai IKBN Bandar Penawar untuk melihat peralatan yang dihasilkan disitu dan kemampuan syarikat berkenaan menghasilkan produk mengikut kemahuan pelanggan serta bagaimana ia dapat diterapkan melalui latihan yang disediakan oleh pusat latihan. Lawatan berakhir pada jam 2 petang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 13 Jan 2016 23:51:00 +0800
Program Finishing School http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/140-program-finishing-school.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/140-program-finishing-school.html Program Finishing School

Disediakan oleh : Puan Nurlia binti Mohd Rusli

Foto oleh : Puan Nurlia binti Mohd Rusli

Program Finishing School

Bandar Penawar, 30 Januari 2016 - Satu program Finishing School telah dianjurkan oleh Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar yang telah diadakan di Coral Ballroom, Jabatan Hospitaliti. Program bermula dengan taklimat berkenaan Branding and Knowing Yourself, kemudian diteruskan dengan taklimat yang kedua iaitu Resume and Job Interview. Program diteruskan dengan aktiviti Self evaluation for branding and knowing yourself dan Aktiviti Create Own Resume.


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta bagi menghadapi dunia pekerjaan dan membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan. Aktiviti diadakan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri peserta serta memberi latih tubi kepada peserta secara intensif mengenai kemahiran menghadapi temuduga pekerjaan.


Antara peserta yang terlibat ialah Pelajar Tahap 2 Penyediaan Makanan, Penyajian dan Penyediaan dan Pastri. Manakala penceramah ialah Megat Hafizi Bin Megat Jamil dan Trainer terdiri daripada Tenaga Pengajar di Jabatan Hospitaliti. Program ini telah memberi pengetahuan kepada peserta mengenai penyediaan resume dan juga persediaan untuk menghadiri temuduga.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 30 Jan 2016 23:47:00 +0800
PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/139-perbincangan-kerjasama-ikbn-bandar-penawar-dan-rapid-pmc.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/139-perbincangan-kerjasama-ikbn-bandar-penawar-dan-rapid-pmc.html PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Encik Salizal Mohamad Rajali

PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC

Bandar Penawar, 15 Febuari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dijalankan bagi meningkatkan pembangunan Jabatan Minyak & Gas IKBN Bandar Penawar.


Majlis dipengerusikan oleh Shaidon Bin Borham, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) IKBN Bandar Penawar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, kemudian diteruskan dengan perbincangan kerjasama yang melibatkan Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar dan pegawai dari RAPID PMC yang diketuai oleh Abdullah A. Karim.


Pihak RAPID PMC bersetuju untuk membantu IKBN Bandar Penawar dalam mendapatkan maklumat-maklumat ‘subcontractor’ bagi memudahkan urusan mempromosi dan memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar. Selain itu, RAPID PMC akan membantu IKBN Bandar Penawar dalam program lawatan atau urusan keluar masuk ke tapak projek ‘Pengerang Integrated Petroleum Complex’ (PIPC) yang sedang dijalankan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 15 Feb 2016 23:43:00 +0800
PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/138-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-karnival-pendidikan-tinggi-negara-2016-anjuran-kementerian-pengajian-tinggi-malaysia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/138-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-karnival-pendidikan-tinggi-negara-2016-anjuran-kementerian-pengajian-tinggi-malaysia.html PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Encik Mohd Junaidi Samsudeen

PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PERSADA Johor, 20 - 21 Febuari 2016 – Cawangan Hubungan Industri IKBN Bandar Penawar telah menyertai promosi sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh.


Pameran Jom Masuk U 2016 dan Seminar Pengambilan Pelajar telah berlangsung sepanjang dua hari ini untuk memberi pendedahan kepada pengunjung peluang-peluang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta seluruh Malaysia dan memberi pendedahan berkenaan tabung pendidikan dari pelbagai agensi.  


Semua IPTA, IPTS, ILKA, ILKS dan Agensi-agensi tabung pendidikan telah menyertai pameran ini. Lebih daripada 1000 orang pengunjung telah datang ke Booth IKBN Bandar Penawar untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus yang ditawarkan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 20 Feb 2016 23:40:00 +0800
KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/137-karnival-sukan-pra-universiti-anjuran-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-sstmi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perhimpunan-bulanan-ikbnbp-bil-3-2019-pelancaran-bulan-kemerdekaan-kali-ke-62-anjuran-bhep-dan-cpkk/item/137-karnival-sukan-pra-universiti-anjuran-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-sstmi.html KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar yang terdiri daripada atlit tenpin bowling (5 orang) dan bola sepak (18 orang) telah menyertai Program Karnival Sukan Prauniversiti SSTMI baru-baru ini yang diadakan pada 1 & 2 Mac 2016 bertempat di Dewan Arena Bowling dan Padang Sintetik A, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor. Program ini merupakan anjuran Pelajar Pra-universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar SSTMI.


Berbekalkan suntikan kata-kata semangat daripada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli, kontinjen atlit IKBN Bandar Penawar telah berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam dua acara yang dianjurkan sepanjang karnival ini berlangsung. Pasukan bola sepak IKBN Bandar Penawar telah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Manakala pasukan tenpin bowling IKBN Bandar Penawar pula telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan.

 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli di atas sokongan yang diberikan kepada kontinjen ini. Turut diucapkan sekalung tahniah diucapkan kepada para atlit, jurulatih dan pengurus pasukan yang mewakili IKBN Bandar Penawar sepanjang berlangsungnya karnival ini. Semoga prestasi dan kejayaan kontinjen ini akan menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua pertandingan yang melibatkan IKBN Bandar Penawar di masa akan datang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 06 Mar 2016 23:36:00 +0800