Bandar Penawar, 1 Ogos 2019 - Satu perjumpaan alumni telah diadakan bersama Pengurusan Tertinggi dan MPP IKBN Bandar Penawar sebagai salah satu inisiatif merapatkan hubungan dan berkongsi pengalaman dengan alumni. Perkongsian ini diharap mampu memberi motivasi kepada para pelajar semasa di IKBN Bandar Penawar agar menamatkan latihan dengan kemahiran yang diberikan dan mampu berdaya saing dalam industri yang sangat memerlukan pekerja mahir. Tahniah diucapkan kepada alumni atas kesudian hadir dan berkongsi pengalaman.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah