IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 04 March 2019 17:41

PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 3 Mac 2019 - Perjumpaan ini telah diadakan pada hari Ahad jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.45 pagi. Ini adalah perjumpaan kali pertama Pengarah baru IKBN Bandar Penawar iaitu Encik Mohd Khailani Bin Ismail dengan semua kakitangan IKBN Bandar Penawar secara formal. Encik Mohd Khailani Bin Ismail melapor diri di IKBN Bandar Penawar pada 28 Januari 2019.

 

Antara amanat beliau adalah berkaitan pentingnya kerjasama semua kakitangan untuk berganding bahu bagi mencapai hala tuju IKBN Bandar Penawar dan sentiasa memastikan kursus yang dilaksanakan di IKBN Bandar Penawar sentiasa relevan dengan industri.

 

Diharap dengan kehadiran beliau sebagai pimpinan tertinggi di IKBN Bandar Penawar akan meletakan nama IKBN Bandar Penawar setara dengan institusi pendidikan yang terulung.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 496 times Last modified on Selasa, 05 March 2019 18:02
 
Find us on Facebook
Follow Us