PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 20 Apr 2021 18:02:43 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Perbincangan Pelaksanaan Program Kerjasama Bidang Penyajian dan Kimpalan Bersama PUSPEN Kota Tinggi, Johor http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4183-perbincangan-pelaksanaan-program-kerjasama-bidang-penyajian-dan-kimpalan-bersama-puspen-kota-tinggi-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4183-perbincangan-pelaksanaan-program-kerjasama-bidang-penyajian-dan-kimpalan-bersama-puspen-kota-tinggi-johor.html Perbincangan Pelaksanaan Program Kerjasama Bidang Penyajian dan Kimpalan Bersama PUSPEN Kota Tinggi, Johor

Perbincangan Pelaksanaan Program Kerjasama Bidang Penyajian dan Kimpalan Bersama PUSPEN Kota Tinggi, Johor

Bandar Penawar, 4 Jun 2020 - Pihak PUSPEN telah hadir ke IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Timbalan Pengarah PUSPEN, Encik Azmi dan 2 orang pegawai bagi membincangkan kerjasama dalam melaksanakan Program TOT kepada Pengajar PUSPEN dan Latihan Kemahiran kepada pelatih bagi bidang Penyajian dan Kimpalan. Selain itu, satu sesi lawatan ke bengkel Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Minyak & Gas diadakan untuk pihak PUSPEN melihat peralatan yang perlu disediakan di PUSPEN agar pembelajaran dapat dioptimumkan selaras dengan kehendak industri.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 09 Jun 2020 18:13:43 +0800
Majlis Khatam Al-Quran IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4182-majlis-khatam-al-quran-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4182-majlis-khatam-al-quran-ikbn-bandar-penawar.html Majlis Khatam Al-Quran IKBN Bandar Penawar

Majlis Khatam Al-Quran IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 19 Mei 2020 - Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Majlis Khatam A-Quran bagi tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada para kakitangan yang hadir dan menyempurnakan majlis khatam Al-Quran ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 May 2020 18:08:10 +0800
Program Impak ILKBS @Komuniti IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4181-program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4181-program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar.html Program Impak ILKBS @Komuniti IKBN Bandar Penawar

Program Impak ILKBS @Komuniti IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 17-18 Mei 2020 - Program Impak ILKBS@Komuniti IKBNBP 2020 ini bertujuan untuk menyumbang balik tenaga kepakaran atau kemahiran pengajar/pegawai dan pelajar ILKBS kepada masyarakat awam / setempat. IKBN Bandar Penawar telah menyediakan sebanyak 390 bungkus Nasi Ayam Bariani kepada Anak-anak Yatim, golongan Asnaf, kakitangan Klinik Kesihatan, kakitangan Balai Polis, kakitangan Balai Bomba, Pusat Kuarantin Covid -19, pekerja barisan hadapan, pelajar, alumni serta golongan setempat yang memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada para kakitangan IKBN Bandar Penawar yang menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 May 2020 17:52:02 +0800
PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4180-pembelajaran-secara-atas-talian-pelajar-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4180-pembelajaran-secara-atas-talian-pelajar-ikbn-bandar-penawar.html PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR

PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 29 Mac - 21 Mei 2020 - IKBN Bandar Penawar melalui Jabatan Hospitaliti dan Perhotelan serta Bahagian Subjek Pengajian Umum telah menggerakkan inisiatif bagi pembelajaran secara atas talian agar para pelajar tidak ketinggalan meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana. Antara aplikasi yang digunakan ialah Google Class, Whatsapp, Kahoot dan Zoom. Kelas atas talian ini berlangsung secara konsisten setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengajar.

Semoga inisiatif para pengajar ini dapat membantu para pelajar untuk sentiasa fokus pada sesi pembelajaran meskipun berada dirumah. Tahniah diucapkan kepada semua pengajar yang sentiasa bekerja dan memberikan komitmen dalam melahirkan para pelatih IKBN Bandar Penawar yang berkemahiran dan berpengetahuan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 17 May 2020 17:32:17 +0800
Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4179-mesyuarat-tindakan-khas-pencegahan-penularan-covid-19-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4179-mesyuarat-tindakan-khas-pencegahan-penularan-covid-19-ikbn-bandar-penawar.html Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar

Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 17 Mac 2020 - Satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail bagi memastikan penularan virus Covid-19 dapat dicegah daripada menular. Turut hadir Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Cawangan, Unit dan Bahagian. Mesyuarat ini membincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil di ruang pejabat, kakitangan serta pelajar.

 

IKBN Bandar Penawar akan sentiasa memastikan penggunaan hand sanitizer, semakan suhu badan secara berkala dan pemakaian mask sekiranya diperlukan. Dimaklumkan juga cuti para pelajar dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 dan akan mula lapor diri pada 1 April 2020. Sebarang makluman akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan diharap para ibu bapa dan pelajar sentiasa berhubung dengan pihak IKBN Bandar Penawar melalui laman Facebook atau pejabat ataupun pengajar  untuk maklumat terkini. Semoga kita semua dapat menjaga diri sendiri dan melakukan pemeriksaan kesihatan jika perlu.

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 17 Mar 2020 17:18:16 +0800
Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan Bagi Mencegah Penularan Virus Covid-19 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4178-mesyuarat-penyelarasan-bersama-kontraktor-keselamatan-dan-kebersihan-bagi-mencegah-penularan-virus-covid-19.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4178-mesyuarat-penyelarasan-bersama-kontraktor-keselamatan-dan-kebersihan-bagi-mencegah-penularan-virus-covid-19.html Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan Bagi Mencegah Penularan Virus Covid-19

Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan Bagi Mencegah Penularan Virus Covid-19

Bandar Penawar, 15 Mac 2020 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bagi mencegah virus Covid-19 daripada menular. Langkah ini diambil bagi persediaan menyambut kehadiran para pelajar yang akan tamat cuti semester pada 21 Mac 2020 nanti. Pelbagai inisiatif lain dibuat seperti mengelap meja dan ruang kerja dengan air sabun dettol, pemakaian hand sanitizer dan lain-lain. Para pegawai Hal Ehwal Pelajar juga akan bertugas semasa pelajar melapor diri dengan mengadakan pemeriksaan suhu badan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 17 Mar 2020 12:23:28 +0800
Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4133-mesyuarat-penyelarasan-dan-lawatan-kerja-program-latihan-kemahiran-vokasional-kerjasama-antara-kementerian-belia-dan-sukan-kbs-dan-agensi-antidadah-kebangsaan-aadk.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4133-mesyuarat-penyelarasan-dan-lawatan-kerja-program-latihan-kemahiran-vokasional-kerjasama-antara-kementerian-belia-dan-sukan-kbs-dan-agensi-antidadah-kebangsaan-aadk.html Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Kota Tinggi, 12 Mac 2020 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diwakili oleh Encik Churemi Bin Sairi dan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail serta beberapa pegawai hari ini telah menghadiri mesyuarat penyelarasan dan lawatan kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di PUSPEN Kota Tinggi bagi meningkatkan lagi kerjasama untuk melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempunyai tenaga mahir sebanyak 35% menjelang tahun 2020.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Puan Chong Siew Ngoh dan turut sama Penolong Pengarah Rawaran dan Pemulihan AADK, En Roslan Bin Hussein, Pengarah PUSPEN Kota Tinggi, Puan Faizah Binti Harun, Pegawai AADK Kota Tinggi, Puan Everlyn serta beberapa pegawai PUSPEN dan AADK.


Mesyuarat pada hari ini, adalah kesinambungan daripada mesyuarat terdahulu pada 5 Februari 2020. Mesyuarat pada kali ini akan memberi lebih penekanan terhadap pemerkasaan kualiti peserta PUSPEN Kota Tinggi melalui Pendidikan dan Latihan, Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kemahiran hardskill dan kemahiran softskill iaitu bidang kimpalan dan penyajian melalui program My Future Youth.


Selain meneruskan bentuk-bentuk kerjasama sedia ada, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengembangkan skop kolaborasi meliputi penganjuran Train Of Trainer (TOT) kepada pengajar PUSPEN dan pelaksanaan kerjasama dalam kebolehpasaran perserta kursus. Turut diadakan lawatan tapak ke bengkel dan ruang pembelajaran bagi praktikal dan juga teori yang disediakan oleh pihak PUSPEN bagi pelaksanaan program kerjasama ini kelak.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 16 Mar 2020 13:20:13 +0800
Taklimat Kerjaya dan (English Empowerment Initiative) Daripada The Westin Desaru Coast Kepada Para Pelajar Semester Akhir IKBN Bandar Penawar Sempena Hari Wanita Sedunia http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4132-taklimat-kerjaya-dan-english-empowerment-initiative-daripada-the-westin-desaru-coast-kepada-para-pelajar-semester-akhir-ikbn-bandar-penawar-sempena-hari-wanita-sedunia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4132-taklimat-kerjaya-dan-english-empowerment-initiative-daripada-the-westin-desaru-coast-kepada-para-pelajar-semester-akhir-ikbn-bandar-penawar-sempena-hari-wanita-sedunia.html Taklimat Kerjaya dan (English Empowerment Initiative) Daripada The Westin Desaru Coast Kepada Para Pelajar Semester Akhir IKBN Bandar Penawar Sempena Hari Wanita Sedunia

Taklimat Kerjaya dan (English Empowerment Initiative) Daripada The Westin Desaru Coast Kepada Para Pelajar Semester Akhir IKBN Bandar Penawar Sempena Hari Wanita Sedunia

Bandar Penawar, 12 Mac 2020 - Seramai 24 orang pelajar semester akhir Jurusan Penyajian dan Penyediaan Makanan telah terpilih untuk mengikuti program kerjaya bersama The Westin Desaru Coast yang disampaikan oleh Puan Caterine. Program ini dilaksanakan untuk menjadikan para pelajar lebih berkeyakinan dan mampu membuktikan mereka boleh berdikari dan memberi sumbangan yang besar setanding dengan lelaki di dalam organisasi. Para pelajar juga diajar cara untuk menghadiri sesi soal jawab semasa temuduga. The Westin Desaru Coast merupakan Rakan Industri IKBN Bandar Penawar dan telah mengambil para pelajar untuk latihan industri dan seterusnya menawarkan peluang pekerjaan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 16 Mar 2020 13:15:28 +0800
Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) IKBN Bandar Penawar Daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4131-penilaian-anugerah-ilkbs-terbaik-ait-ikbn-bandar-penawar-daripada-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia-bpkb-kbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4131-penilaian-anugerah-ilkbs-terbaik-ait-ikbn-bandar-penawar-daripada-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia-bpkb-kbs.html Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) IKBN Bandar Penawar Daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS

Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) IKBN Bandar Penawar Daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS

Bandar Penawar, 10-11 Mac 2020 - Seramai 5 orang panel penilai daripada BPKB KBS telah hadir bagi menilai IKBN Bandar Penawar yang merupakan salah satu daripada 22 Institut Latihan Kemahiran Awam dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Penilaian keseluruhan melibatkan pengurusan pentadbiran, kewangan, latihan, hal ehwal pelajar, kebolehpasaran, hubungan industri, alumni, EKSA, MS ISO 9001:2015 dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan atas komitmen dalam menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai pusat latihan awam terbaik.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 12 Mar 2020 13:10:59 +0800
SEMINAR PERNIAGAAN & ENTREPRENEUR DIGITAL 2020 (SPEED 2020) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4130-seminar-perniagaan-entrepreneur-digital-2020-speed-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar/item/4130-seminar-perniagaan-entrepreneur-digital-2020-speed-2020.html SEMINAR PERNIAGAAN & ENTREPRENEUR DIGITAL 2020 (SPEED 2020)

SEMINAR PERNIAGAAN & ENTREPRENEUR DIGITAL 2020 (SPEED 2020)

Desaru, 8 Mac 2020 - Sekitar Seminar Perniagaan & Entrepreneur Digital 2020 yang berlangsung di Dewan Muafakat, Taman Desaru Utama. Majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Hazlina binti Jalil, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang.


Seramai 120 peserta melibatkan peniaga-peniaga di kawasan Sungai Rengit, Bandar Penawar, Bandar Mas & Telok Sengat. Pendedahan penggunaan bayaran secara digital dan tanpa tunai melalui QR Pay dan lain-lain. Peniaga juga didedahkan dengan kaedah mempromosikan perniagaan melalui instaweb. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pula memberi tunjuk ajar berkenaan Tatacara Hidang makanan secara betul kepada pelanggan.

 

Selain itu, IKBN Bandar Penawar juga turut mengadakan kursus Penyediaan Pastri membuat cookies kepada komuniti setempat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 11 Mar 2020 10:05:56 +0800