IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 04 April 2019 17:35

PERJUMPAAN PENGURUSAN TERTINGGI IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERJUMPAAN PENGURUSAN TERTINGGI IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Bandar Penawar, 3 April 2019 - Satu sesi perjumpaan pelajar semester akhir yang akan menjalani latihan industri pada 22 April hingga 22 Julai 2019 telah diadakan bersama pengurusan tertinggi untuk memberi galakan dan motivasi kepada para pelajar agar latihan industri berjalan dengan lancar dan memberikan komitmen yang terbaik.

 

Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dan Timbalan Pengarah (PL), En Mohd Sopian Bin Ibrahim hadir untuk memberikan kata-kata semangat dan motivasi kerana para pelajar IKBN Bandar Penawar khasnya merupakan tunjang utama kepada institut dalam menjadikan IKBN Bandar Penawar lebih dikenali dan mendapat permintaan daripada masyarakat Johor dan Malaysia.

 

IKBN Bandar Penawar menawarkan fasiliti pembelajaran bertaraf industri, elaun, makan minum dan penginapan percuma. Tahniah kepada semua pelajar Jurusan Penyajian dan selamat maju jaya dalam menjalani latihan Industri selama 3 bulan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 390 times Last modified on Rabu, 17 April 2019 17:54
 
Find us on Facebook
Follow Us