IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 08 January 2016 00:14

LAWATAN MUHIBAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ABM CAWANGAN SELATAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

LAWATAN MUHIBAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ABM CAWANGAN SELATAN

Johor Bahru, 7 Januari 2016 – Satu lawatan muhibbah ke ABM (Akedamik Binaan Malaysia) Cawangan Selatan telah diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan kursus-kursus Minyak dan Gas. Lawatan ini diketuai oleh Shaidon Bin Borham dan disertai oleh pegawai Jabatan Minyak dan Gas Mohammad Jailani Bin A Jamil, Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali dan Mohd Nasrul Bin Ismail.


Pihak ABM telah diwakili oleh Supian Bin Musa memegang jawatan sebagai Chief Operating Officer, Mohd Zaid Bin Rahmat memegang jawatan sebagai Head Corporate & Business Development, Shahid Bin Nansok memegang jawatan sebagai Manager, Rafee Rashid memegang jawatan sebagai Executive Skill Training Division, Khairul Anuar Bin Mohd memegang jawatan sebagai General Manager The Welding Institute dan Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Senior Operations Manager The Welding Institute.


Perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan adalah berkenaan kursus paip fitting, painting and blasting dan NDT (Non Destructive Testing). Lawatan ini antara lainnya untuk melihat peralatan dan kemudahan bagi menjalankan kursus-kursus ini. ABM dilengkapi dengan kemudahan bengkel berserta bilik kuliah, blok bangunan asrama, dewan makan, surau dan kemudahan riadah. Lawatan yang bermula pada 2 petang ini berakhir pada pukul 5.30 petang.

Read 2416 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:16