IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 28 July 2020 18:02

Kursus Asas Usahawan Tani (Agropreneur) IKBN Bandar Penawar Dengan Kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi dan Felda Adela

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kursus Asas Usahawan Tani (Agropreneur) IKBN Bandar Penawar Dengan Kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi dan Felda Adela

Bandar Penawar, 27 Julai 2020 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan satu kursus asas usahawan tani (Agropreneur) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi yang diwakili oleh Encik Muhamad Zaki Bin Mohd Said sebagai penceramah dan komuniti Felda Adela, diketuai oleh Tok Penghulu Felda Adela, Encik Abu Bakar Bin Zainal.

 

Projek Rintis IKBN Bandar Penawar dan Felda Adela dalam penanaman jagung akan dilaksanakan bagi membantu komuniti untuk menjadi usahawan dan menjana pendapatan sampingan atau tetap dengan seliaan Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi. IKBN Bandar Penawar ingin mengajak gugusan felda-felda yang ingin bekerjasama untuk melaksanakan projek rintis ini agar dapat melahirkan usahawan tani yang berjaya.

 

Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican serta membantu belia-belia yang berisiko dalam menjadi usahawan tani dan menjana pendapatan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 2729 times Last modified on Isnin, 10 August 2020 18:27