IKBN



KEMASIK

 
Khamis, 08 October 2020 11:02

Perkongsian Realiti Industri SPA & Pemeteraian Kerjasama MOU 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kemasik 6 Oktober 2020 – Perkongsian Realiti Industri SPA Therapist-Beautician & Saloon-Barbershop

Telah berlangsung Perkongsian Realiti Industri SPA Therapist-Beautician & Saloon-Barbershop dikelolakan oleh Alina Beauty & SPA, bersempena Program Visiting Professional yang berlangsung sepanjang minggu ini iaitu dari 4 hingga 8 Oktober 2020. Program ini adalah hasil kerjasama & peranan penting Puan Salina Shahril sebagai Pengurus Alina Beauty & SPA yang mana beliau juga merupakan Presiden Persatuan Usahawan SPA Negeri Pahang). Pengajar & pelajar dari Jabatan Personal yang mengikuti sesi hari ini amat berpuas hati dengan sesi perkongsian idea & pengalaman yang diberikan.

 

Kemasik 6 Oktober 2020 – Telah berlangsung Pemeteraian Kerjasama MOU 2020 di antara IKBN Kemasik bersama Yamin Photography, bersempena Program Visiting Professional yang berlangsung sepanjang minggu ini iaitu dari 4 hingga 8 Oktober 2020. Disamping pemeteraian MOU kedua-dua belah pihak, dituruti dengan sesi Visiting Professional (Career Talk) Photography & Videography - Instrument Of Intuition & Spontaneously. Sesi ini juga dihadiri bersama oleh pengajar & pelajar Jabatan Multimedia (Penerbitan Video), turut serta juga peserta yang sedang mengikuti Kursus PENJANA (Bidang Multimedia). Semoga kerjasama yang terbina ini kekal utuh (persetujuan win-win situation) demi memperkasakan lagi latihan kemahiran.

 
 
Gambar oleh : FAHMI ABDUL BASIT MAHFUZ
  : PEG. LATIHAN E41
Read 37 times Last modified on Ahad, 11 October 2020 03:29